maafkanlah diriku ini
perpisahanku ini
semua kutahu sayang kau kepadaku
tapi semua tak mungkin
oh sayangku peluk aku
lupa jua kenangan lalu
tiada kupinta oh jadi begini
oh kasih pahamilah
maafkanlah maafkanlah diriku
walau kau masih di hatiku
oh tinggalkan tinggalkan diriku
sayang maafkanlah diriku
kutahu sakitnya hatimu
tapi percayalah padaku
kau akan menemui teman yang baru
yang kan lebih sayangimu
tiada guna kau merayu lagi kasih
karna ku kini telah berdua
….
Menitis air mata Jes sehabisnya lagu yang penuh makna itu ke udara. Dia tahu walaupun dirinya jauh lebih hebat dari Zana namun dia tidak akan dapat memenangi hati Rizal.
Jes menggenggam erat stereng keretanya sambil matanya meleret sepanjang deretan nisan di pusara Taman Ibu Kota Setapak itu. Pusara Rizal masih merah lagi. Hari ini genaplah 40 hari Rizal meninggalkan semua yang disayanginya terutama sekali Zana. Walaupun Zana mengancurkan hatinya sepanjang mereka bersama namun Rizal tetap memaafkannya.
Jauh di sudut hati Jes, dia menyalahkan Zana kerana perginya Rizal. Jika bukan Zana, mungkin Rizal masih hidup. Jika tidak dia buat perangai malam tersebut, mungkin Rizal tidak terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawanya. Jes menghidupkan enjin keretanya dan berlalu pergi. “Selamat tinggal sayang, semoga rohmu berada disisiNYA,” bisik hati Jes sambil mengesat air mata di balik kaca mata gelapnya.
Sebenarnya tiada siapa tahu, Rizal mungkin terbabit dalam kemalangan namun dia sudah pun menjawab pabggilan Ilahi sebelum motor berkuasa tingginya dirempuh pacuan empat roda. Dia meninggal dunia di atas motornya kerana penyakitnya yang dirahsiakan daripada semua orang…
“Oi Jal! Menung apanya ni? Kau nak terbang balik ke Manchester ke?” sergah Rostam atau lebih dikenali debagai Pak Tam di kalangan teman-temannya. Pak Tam juga kawan baik dan course mate Rizal, atau nama penuhnya Syarizal Tan Sri Azman.
“Takde apa-apa, aku cuma tak precaya yang kita dah tamat pengajian kita dan aku sekarang bukan lagi seorang siswa. Minggu depan aku dah mula kerja. Macam mana agaknya life orang dah kerja ye?” balas Rizal.
“Kau senanglah, bapak kau ada dua tiga syarikat. Kau belum grad lagi position kat company bapak kau dah ada. Lain macam aku. Nak kena apply sana sini belum tentu dapat lagi.”
“Merepek je la kau ni Pak Tam. Aku ajak kau kerja dengan aku kau memilih. Kerja aje dengan aku. Esok aku cakap kat papa aku.” Balas Rizal
“Aku cuba dulu Jal, kalau sesak nanti aku jumpa kau. Eh jom la turun, nak tunggu apa lagi ni?”
“Pak Tam, kau ada pen tak?”
“La nak buat apa pulak dengan pen? Nah ambil ni.” Pak Tam menyerahkan pen dalam pouch begnya.
“Aku nak beri nombor telefon aku kat pramugai tu. Lawa pulak aku tengok dia…hehehe…”
“Yang mana satu ni? Oooo yang Rozana tadi ye?”
“Hanya kau memahami diriku Pak Tam”
“Ejal…Ejal… bukan semalam aku kenal kau. Aku gerak dulu lah ye?”
Mereka bedua mengambil barang masing-masing di ruang penyimpanan barang terletak di bahagian atas kabin.
“Hi, I am Rizal. Here is my number. Please call me when you are free,” kata Rizal kepada pramugari bernama Rozana sambil berjalan keluar dari perut pesawat.
Rozana, pramugari kanan dalam penerbangan itu sudah biasa dengan taktik lelaki-lekai berhidung belang yang selalu menaiki pesawatnya. “Err, ok kalau senang saya call,” balasnya pendek sambil kertas tisu tertera nama dan nombor telefon Rizal itu disumbatkan dalam genggaman tangannya.
“Oooo Ms Zana ada peminat ye?” usik salah seorang anak buah Zana. “Handsome juga mamat tu kan Ms Zana?”
“Kamu jangan nak merepek Shareena. Aku tak minat lah dengan dia. Kalau kau nak, ni ambil ni,” balas Zana sambil menghulurkan tisu kepada Shareena.
Shareena membuka lipatan tisu itu. “Ooh Rizal, I will call ok?” katanya dalam nada mengusik.
“Dah dah! Jom kita disembark. Aku penat ni. Nasib baik aku break esok dan lusa. Malam ni nak join aku tak? Kita pergi Hard Rock Cafe nak?” pelawa Zana.
“Hmm, tak nak ajak Rizal ke?” seloroh Shareena.
“Kau ajaklah kalau kau nak!” Zana faham sangat dengan kerenah anak-anak buahnya. Mereka suka menyakatnya kerana di dalam setiap penerbangan, Zana selalu berjaya mencuri pandangan penumpang. Beliau memiliki potongan badan yang menarik, tinggi lampai, berkulit putih mulus. Rambutnya paras bahu sentiasa disanggul kemas. Maka tidak hairanlah yang bertatus VIP pun selalu mempelawanya keluar.
Zana baru sahaja putus talian pertunangannya. Kerana kerjayanya membuatkan dia menjadi perhatian lelaki maka tunangnya yang terlalu mencemburui itu mengambil keputusan memutuskan pertunangan mereka. Dia tidak sanggup bakal isterinya itu menjadi tontonan dan idaman setiap lelaki. Mereka sering bertengkar kerana Syahrun mahu Zana berhenti kerja akan tetapi Zana amat menyayangi pekerjaannya itu dan berkeras tidak mahu menurut kemahuan tunangnya.
…bersambung