Aku, Hantu dan Chicken Chop


Hari ini aku dijemput rakan-rakan lama untuk ke Uptown Damansara hari Jumaat, 20 Jun. Khabarnya mereka hendak makan-makan sesambil berborak. Agenda selepas makan malam ialah memburu hantu (zaman sekarang hantu lebih takutkan manusia kerana mereka sering diburu untuk dijadikan kajian….kesian) di beberapa lokasi yang angker.

hantu??
Zombi Kampung Pandan
hantu

Aku pun semalam SMS ke bini mengatakan yang aku akan ke Uptown. Dia menjawab balik, alang-alang aku ke Uptown, tolong bungkuskan Chicken Chop untuknya. Bini aku ni semenjak aku berkawan sampailah ke dan beranak tiga ni memang hantu chicken chop. Tetapi hantu bini aku ini bukanlah hantu yang kami ingin buru.

Mexican Chicken Chop

Kesian dia, dah la dalam pantang, tak boleh keluar pula. So dalam SMS dia ada pesan, “Nanti Jumaat tu ingatkan I pass duit kat you.”

Apalah dia ni pun. Mana pernah aku minta duit kalau nak makan. Takpe, demi kasih sayang akan aku belikan dia Chicken Chop Jumaat ni dan Dona, kalau kau baca post aku ni, ingatkan aku untuk singgah di Gerai Western sebelah gerai Henry.

Tapi di Uptown, takde la pulak aku jumpa kerang bakar yang Dona dan Aida kepingin.

KErang Bakar

Aku ingat aku nak makan Char Kway Teow je lah malam tu, aku pun tatau nak makan apa. Dahla minyak naik harga.
Penang Char Kway Teow

Sebenarnya aku agak bosan sekarang sebab tulah aku rajin memblogkan diri dalam ni. Hoh. Nak sambung balik kerja…

3 thoughts on “Aku, Hantu dan Chicken Chop

  1. I am so looking forward for Friday sayang. Harap-harap semuanya berjalan lancar!

    Hehehhehe of course i love the makan-makan part more!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s