Resipi Macam Menarik untuk berbuka nanti


NASI KERABU TERENGGANU

Nasi:

3 cawan beras biasa
4 cawan air
1 batang serai } diketuk
10 kuntum bunga talang (ditumbuk & diperah airnya) atau
sedikit pewarna biru

Cara memasak:

Beras dibersihkan dan ditanak seperti biasa bersama serai, air bunga talang atau pewarna biru hingga masak.

Cara menghidang:
Sendukkan nasi ke dalam pinggan.
Letakkkan sedikit sambal kelapa/ikan, cili padi jeruk, tumis belacan diakhiri dengan ulam.
Gaul rata-rata, bolehlah dihidangkan bersama lauk-lauk yang sesuai seperti solok lada, telur masin, ikan bilis goreng, keropok goreng, budu, daging bakar, ayam bakar dan ikan goreng celup tepung.

Sambal kelapa/ikan:
1/2 biji kelapa parut } ditumbuk sedikit
2-3 ekor ikan kembung/selayang dipanggang
4 ulas bawang merah
1.5 cm halia
1 sudu kecil lada hitam
garam secukup rasa

Cara membuat:
Tumbuk bawang merah, halia dan lada hitam kemudian masukkan isi ikan, tumbuk lagi sehingga lumat.
Kemudian campurkan kelapa parut kemudian disangai atas api kecil sehingga agak kering dan berderai.

Sambal Cili Padi
Cili padi anggaran 1 mangkuk kecil, dibuang tangkai.
Campurkan 1 sudu kecil garam, 2 sudu besar gula dan ½ cawan cuka.
Perapkan selama 2 jam, kemudian dikisar tapi jangan terlalu lumat.

Kuah Tumis Belacan
2 inci belacan, dibakar
5 biji cili kering }ditumbuk
5 ulas bawang merah} ditumbuk
2 ulas bawang putih }ditumbuk
1.5 cm halia }ditumbuk
1 batang serai, dititik
sedikit gula merah dan serbuk perasa, jika suka
1/2 biji kelapa, ambil santan anggaran 2 cawan
2 sudu air asam jawa

Cara membuat:
Didihkan santan hingga pecah minyak dan pekat.
Masukkan bahan-bahan tumbuk, belacan, serai, gula merah dan air asam jawa.
Masak lagi hingga pekat dan agak kering.
Sesuaikan rasa dan angkat.

Ulam-Ulamankesemua bahan ulam dihiris halus kecuali taugeh.
2 helai daun kunyit
5 helai daun cekur
10 tangkai daun kesum
5 tangkai daun selasih/kemangi
5 batang kacang panjang
1 kuntum bunga kantan
1 biji timun
5 biji bawang putih jeruk
1 mangkuk kecil taugeh, dibuang ekornya

Solok Lada
10 biji lada hijau, dibelah jangan sampai putus dan buang biji
1/2 biji kelapa parut putih
4 ulas bawang merah
1.5 cm halia
2-3 ekor ikan kembung/selayang, ambil isinya sahaja
sedikit garam, gula dan serbuk perasa

Cara membuat:
Tumbuk bawang dan halia hingga lumat kemudian masukkan garam, gula dan isi ikan.
Tumbuk lagi hingga lumat.
Campurkan ke dalam kelapa parut dan sebatikan.
Sumbatkan ke dalam lada yang telah dibuang biji tadi.
Susunkan ke dalam periuk kukus.
Kukus selama 10 minit atau sehingga masak

Ikan Goreng Celup Tepung
6 ekor ikan }dibersihkan dan tos
1 cawan tepung beras
sedikit air kapur
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara membuat:
Bancuh tepung beras bersama air kapur, serbuk kunyit, garam dan air secukupnya. Pekat cairnya seperti menggoreng pisang.
Panaskan minyak.
Celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga masak.

4 thoughts on “Resipi Macam Menarik untuk berbuka nanti

  1. orang tegganu memang suka nniru…demo ubah pahtu siap bubh namo hok versi tegganu…banyak dah puak tu tiru…anyway jgn lupa asal usul sesuatu resepi itu…

  2. Illoni ek? Ni saya ambil dari Saji Online yang kebetulan saya juga WEBMASTER web tersebut sama seperti Mangga Online, EZTRADE, MyBooks dan semua portal milik Utusan. Tidak pula saya kata yang ianya milik siapa. Dah Chef yang bagi resepi tu namanya sebegitu takkan saya pandai-pandai nak ubah kan? Macam kereta PROTON takkan saya nak ubah jadi SAWI ke TERUNG ke dah itu nama dia. Kan dalam posting saya kata saya JUMPA resipi ni dan tidak pula saya kata ianya resipi Kelantan ke, Terengganu ke, Melaka ke. Dah la Indonesia tak puas hati kata kita ambil rendang dia sekranag sesama negeri pun nak gaduh kata makanan itu hak mereka pula ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s