Sudah agak lama aku tak berkarya. Bukan apa, sibuk dengan anak-anak, isteri, kerjaya dan macam-macam lagilah. Masa mana aku nak menulis kan?
Ni pulak nak jadi cerita, pagi tadi anak bongsu aku Rashidi masuk ke dalam bilik aku untuk mengejut aku. Alangkah terkejutnya aku apabila aku dapati kacamata aku dah rupa macam twister fries!
Habis lah aku. Macam mana aku nak buat kerja? Macam mana aku nak bawak kereta malam? Nasib baik la di opis aku skrin besar so laptop aku sambungkan ke skrin besar je.
Insya ALLAH kalau tiada aral melintang aku akan mula berkarya mini e-novel dalam blog aku ni ha je. Agak lama seh aku tak menulis ni semenjak aku dengan Utusan. Boleh ke lagi aku berkarya ye? Idea macam-macam ada dalam kepala otak ni. Masanya sahaja tiada.
Tengok petang-petang sikit. Adus aku baru dapat e-mel dari Universal Music Malaysia. Aku terlibat dalam konsert DIGI-tal bulan November ni. Kalau tak silap aku lah ada lima ke enam artis antarabangsa seperti The All American Rejects, BEP, Keane dan lupa pulak aku sapa lagi. Konsert ni pulak akan bermula 12 tengahari hingga 12 malam. Yang bestnya aku dapat 7 pas ALL ACCESS kerana aku juga URUSETIA terbabit.
Aku juga dapat pas belakang pentas untuk Beyonce, nak pergi kesian pulak wife takleh ikut kena jaga anak-anak tak pergi rasa rugi pulak sebab Beyonce ni bukannya orang lain. Nanti aku fikir-fikirkan.
Tapi lepas ni apa yang penting….kerjasama….apa yang penting, kerjasama….aku nak buak kaca mata baru dulu. Ni pun terkebil-kebil macam ayam tetelan kabaid nak tengok skrin! Oklah, Maman aka Arman signing off…GAMBATE-NE!!!
1 Komen
RSS Komentar URI Pengenal Pasti Jejak Balik
Tinggalkan komen

Celebritylife.org tracking back – Arman akan kembali berkarya…
Celebritylife.org tracking back – Arman akan kembali berkarya…