At long last…


Lama sungguh rasanya aku tak update blog ini. Hinggakan “bersawang” kata DJ Awie.

Yelah, semenjak arwah papa meninggal aku macam takde mood nak berblog padahal banyak perkara berlaku dalam hidupku.

Baru-baru ni aku apply loan kat Bank Rakyat (jumlahnya rahsia ek sebab kang ramailak ngaku sedara). Tak pernah dalam hidup aku apply loan sebanyak tu. Cukuplah untuk bayar loan rumah dan ada berbaki lagi.

Semenjak Perfisio (anak syarikat Utusan tempat aku kerja) pindah ke Bangsar South ni maka penggunaan kereta antara aku dan isteri agak terbatas. Ye la aku balik pukul 6 dia balik 530 dan kalau kereta dengan aku maka dia kena tunggu. Pada mulanya dia tumpanglah kawan dia tapi aku la ego. Ego suami, takkan nak biar bini tumpang kawan, jadi aku biar dia bawa kereta. Pagi dia hantar petang aku tumpang teman pejabat yang kebetulan duduk setaman dengan aku.

Tapi aku pulak segan, ya la takkan free aje kan. Nak hulur dia taknak. Agaknya rezeki anak-anak aku, loan tu lulus. Dan dengan baki duit tu aku belilah sebuah Ford TX3. Dulu bebudak panggail Ford Sampan.

Yang bestnya kereta ini memang aku minat dari zaman jahilliah aku lagi. Lepas 15 tahun baru dapat merasa. Enjinnya pula bukan enjin asal. Dah ditukar ke enjin Mazda B8 Turbo! Power dia hanya Tuhan je yang tahu.

Masa test drive, kecut aku bawak. Aku test drive pada hari Rabu, Ahad aku bayar pendahuluan dan Isnin lepas aku dapat. Aku siap ambil cuti Isnin dan Selasa tu.

Keretanya agak basic kerana tuan sebelum si Eric ni seorang pelumba. Masa Eric ni beli, kereta ini togel dan tiada hiasan dalaman. Hanya dua kerusi bucket depan sahaja. Si Eric ni lah yang menambah baik. Padanlah dengan harga dua belas ribu.

Selasa tu aku habiskan masa memasang alarm dan boost meter baru. Bukan apa, yang lama tu dah tak berapa tepat bacaannya.

Semalam, aku habiskan seharian di sebuah bengkel pakar kereta-kereta turbo ni untuk menukar tali sawat (bukan tali pusat) dan segala alat ganti yang perlu dan alang-alang servis sekali.

Tapi yang pasti kereta ini masih memerlukan perkakasan lain seperti pengurusan enjin E-Manage kerana minyak aku sekejap je dah habis padahal masa nak ke bengkel di Kepong aku isi RM50. Balik dah merah balik. Ye la dah turbo takkan bawak slow kan? Salah aku juga.

Kawan aku Ben yang ada Gen2 turbo yang sarankan aku pasang. Insya ALLAH ada rezeki lebih aku pasang. Aku mahu jadikan kereta ini sesuatu aktiviti antara aku dan anak-anak aku. Yelah dulu arwah papa tak pernah pun buat semua tu dengan aku jadi aku kepingin. Kebetulan si Ferhad (anak kedua aku) pulak memang suka dengan kereta.

Nanti aku update lagi.

One thought on “At long last…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s