Sembuhlah Sahabatku Ajis…

Pagi Ahadku yang lalu dikejutkan dengan panggilan dari teman “callman” aku Wan atau kodnya 55.Katanya, “47 (kod aku), ko dah bangun ke?”

“Kenapa ni Wan?” tanyaku sambil menggosok mata. Ku lihat jam 830 pagi,

“Kau datang ke wad kecemasan sekarang. Doktor kata Ajis dah 50-50!”

Terkesima aku sekejap. “Ok ok aku siap sekarang”

Kat luar isteri aku sedang menyiapkan sarapan. Kebetulan tengahari nanti mak mertua aku  akan menganjurkan majlis sambutan hari lahir puteriku yang ke lapan yang jatuh pada 10 April lalu. Terkejut wife aku tengok aku terus melompat masuk bilik mandi.

“Yang, lepas breakfast kita pergi hospital kejap. Kawan I tengah nazak.” kataku kepadanya sambil berjalan ke kamar mandi. Sambil aku mandi aku mendengar si mama menyuruh anak-anaknya makan cepat dan siap nak ke rumah nenek mereka.

Apabila dah setel, aku menghantar budak-budak ke rumah mak mertua. Dalam hati ini tertanya-tanya akan keadaan sahabat aku.

Apa yang berlaku?

Apa puncanya?

Terukkah keadaanya?

Adakah dia akan selamat?

Sedar-sedar kami dah sampai ke HKL. Aku terus ke Wad Kecemasan. Di sana aku lihat beberapa rakan Callman aku sudah sedia menanti dengan sabar. Ada yang muka macam belum tidur, ada yang bercakap dalam telefon dan ada juga yang sedang update rakan-rakan lain menerusi walkie-talkie.

Aku jumpa si Donat 32 dan Wan 55. Mereka memberitahu aku yang si Ajis kini berada dalam wad Zon Kritikal yang bersebelahan dengan Wad Kecemasan. Aku dan isteri masuk ke dalam. Tergamam aku melihat keadaan Ajis atau nama sebenarnya Mohd Razis Suhaimi (FB link https://www.facebook.com/profile.php?id=100000867520368). Umurnya baru 26. Mempunyai isteri dan dua anak kecil. Aku lihat mukanya berdarah. Dalam team kami, Ajis merupakan salah seorang pemandu trak tunda. Aku bertanyakan kepada Bonang 61 dan isterinya Ah Chin (yup dia kacukan Cina Melayu) apa yang berlaku kerana malam sebelumnya memang aku juga stand-by di KL dalam. Tapi tak lama sebab bateri set aku kong. Aku pulang sekitar jam 2 pagi.

Katanya mereka tengah stand-by di kawasan sekitar Maju Junction. Ketika itu jam 5 lebih. Mereka baru sahaja lepas minum-minum di Kampung Baru dan selalunya jam 5 pagi kaki-kaki disko yang takut kantoi minum akan lepak-lepak dulu akan mula pulang dan ketika inilah paling banyak kemalangan berlaku.

Dalam mereka asyik berborak, Ajis tiba-tiba kejang seperti orang kena sawan dan rebah tersembam. Itu yang menyebabkan mukanya berdarah kerana bibirnya luka. Malah ketika dia kejang itu, Ajis juga tergigit lidahnya menyebabkan luka. Kawan-kawan yang lain terus bertindak dengan menghantar Ajis ke HKL.

Namun, dengan segala pemeriksaan yang dijalankan, doktor tidak dapat memberitahu kami apakah punca sebenarnya. Kami cuma dapat ramalkan yang dia terkena serangan jantung kerana bacaan pada mesin ECG menunjukkan denyutannya sekitar 87 ke 94 seminit sedangkan yang normal sekitar 110 seminit.

Ajis koma dan bergantung kepada alat bantuan hayat (life support)

Malah ketika aku tiba aku sebak kerana aku lihat Ajis disambungkan ke alat sokongan hayat. Ini bermakna dia tidak dapat bernafas dengan sendiri dan kali terakhir aku melihat alat ini ialah ketika arwah nenek aku diserang strok kali ke-3 yang menjemputnya pulang ke rahmatullah.

Aku terus ke sisi Ajis. Aku berbisik di telinganya, “Ajis, ni aku 47. Aku tahu hang boleh dengaq aku (Ajis berasal dari Kedah jadi aku gunakan lingo utara). Hang kena lawan Jis, hang ada anak-anak kecik lagi. Kami kawan-kawan hang akan sentiasa ada di sini. Hang kena tabah. Hang kena kuatkan semangat”.

Selesai aku mengajarnya mengucap kalimah syahadah, aku lihat lidahnya bergerak-gerak. Malah selepas beberapa rakan-rakan lain berbisik di telinganya, kami dapat lihat air matanya bergenang. Maknanya dia dapat mendengar apa yang kami bisikkan kepadanya cuma dia sahaja tidak dapat berinteraksi.

Aku ingin menyeru kepada pembaca-pembaca semua, agar mari kita berdoa supaya insan bernama Mohd Razis Suhaimi ini cepat sembuh seperti sediakala. Itu sahaja yang mampu kita lakukan. Dan balasannya hanya ALLAH swt sahaja yang mampu tentukan. Sebagai salah seorang sahabat Ajis, aku turut bersedih dengan apa yang telah berlaku ke atas dirinya.

Kepada Ah Chin, sabarlah. Semua ini dugaan ALLAH. ALLAH akan menduga hamba-hamba yang disayangiNYA. Insya ALLAH Ajis akan selamat. Yang penting, kita sentiasa berdoa agar Ajis cepat sembuh.

Ajis ketika sihat.

Ajis ketika sihat

5 Kekayaan


خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها

lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya


1-
وجه جميل
1:wajah yang cantik


2-
فلوس بالملاين
2:duit yang banyak

3- صحة قوية
3:kesihatan yang baik

4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا
4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5-
نوم عميق من دون مهدئات و أدوية
5:tidur yang nenyak tanpa ganguan

سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً كيف
senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.

قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم
:
Sabda Rasulullah s.a.w.

من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه
siapa yang tinggalkan
solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya
dan siapa yang tinggalkan
solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat

بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في
dan barang siapa yang tinggalkan
solat asar tiadalah padanya kekuatan badan ,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat

أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة
dan barangsiapa yang tinggalkan
solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak

بلغ عن الرسول ( صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية
sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat
Semoga mendapat manfaat.

5 Cara Menangani Stress

Stress tidak elok untuk kesihatan kerana ia mengundang pelbagai penyakit seperti hypertension (darah tinggi) dan juga penyakit koronari (jantung/angin ahmar). Jadi bagaimana nak elakkan diri dari stress?

1. Elakkan dari mengambil teh dan kopi
Nikotin, alkohol dan juga kafein adalah stimulan atau perangsang jadi ianya bukanlah agen penenang. Sekiranya anda stress, janganlah mendekatkan diri dengan rokok, minuman keras, kopi atau teh, sebaliknya dekatlkan diri dengan Tuhan. Insya ALLAH tenang jiwa.

2. “Aku boleh atasinya”
Setiap kali anda berasakan diri akan didatangi stress, (mungkin sebab kerja atau pun masalah yang datang menjelma), apa kata anda berkata kepada diri anda sendiri, “Aku boleh atasinya!!!” Pastikan anda katakan dalam hati dan bukan laungkannya sehingga pekerja di pejabat blok seberang pun boleh dengar, nanti ambulans Hospital Tanjung Rambutan yang sampai. Ulanginya dalam hati berulang kali untuk mengingatkan anda yang anda SEMEMANGNYA boleh atasi apa jua masalah yang melanda.

3. Bersetuju dengan orang lain sesekali
Kehidupan ini bukanlah satu medan pertempuran. Walaupun anda tidak setuju dengan apa yang rakan sekerja katakan dalam mesyuarat pagi tadi, elakkan konflik yang tidak perlu dengan bersetuju sahaja apa yang dicadangkan rakan sekerja atau bos anda. Tak salahkan? Asyik nak ikut cara anda sahaja, mana boleh. Sesekali kita kena ikut rentak orang walaupun mungkin ianya membebankan lagi kerja. You have got nothing to lose.

4. Dengar apa kata tubuh anda
Jika berasa letih, penat, lapar dan dahaga, jangan hiraukannya dengan terus melakukan kerja. Kelak anda yang akan sakit dan apabila anda sakit maka kerja pon anda tak boleh lakukan dan apabila tak boleh buat kerja maka bos akan menggantikan tempat anda dengan pekerja baru yang lebih sihat. Nampak tak rantaiannya? Dan anda berhak apa untuk rehat selama sejam sehari, gunakanlah hak itu!!!

5. Belajar untuk kata “TIDAK!!!”
Tadi di atas saya ada suruh kata YA sesekali bukan? Anda juga kena belajar untuk berkata tidak. Bukan suruh kata tidak setiap masa sebab kalau anda buat macam tu kalau saya bos anda saya sendiri akan tampar anda kerana semuanya tidak. Katakan tidak juga kepada beg plastik. Itu contoh, nampak tak? Pada keadaan tertentu, anda perlu kata tidak dan pastikan anda kotakan Tidak itu tadi. Contoh, anda baru pulang dari pejabat keletihan, kawan anda mengajak lepak kelab malam, katakan tidak. Jika anda kata YA sebab ianya satu bentuk anda berehat, anda silap. Rehat apanya? Joget sana joget sini. Tunggang sana tunggang sini. Kan awal tadi saya kata, elak alkohol.. Lu pikirlah sendiri.


The things you do not know about BRA

Which is the striped BRA? zeBRA
Poisonous BRA? coBRA
Mathematical BRA? algeBRA
Sunsign BRA? liBRA
Magical BRA? aaBRA ka daBRA
Religious BRA? BRA hmin!
Metallic bra? BRAss
Anjelina Jolie’s Bra? BRAd pit…
Botany BRA? BRAnch
Marketing BRA? BRAnd!
Puctuation BRA? BRAcket
Scary bra? GaBRAh!!!!
A room where BRA’s are kept? LiBRAry
BRA which became the American President and inspired the whole world? aBRAham Lincoln!
Which BRA is very important for any vehicle? BRAke

And here we thought that only women use bras!!!

Awasi Anak-anak Kita

Sekarang ni kes culik kanak-kanak makin menjadi-jadi. Rasanya macam tak selamat untuk anak-anak aku keluar rumah bermain tanpa pengawasan teliti. Dah macam-macam jenis orang gila kat luar sana.

Ada yang memang gila betul, ada yang gila sebab dendam dan ada yang gila babi. Zaman aku dulu jaranglah dengar benda-benda macam culik dan bunuh, culik bunuh dan bakar dan macam-macam lagi dilakukan penjenayah ini terhadap anak-anak tidak berdosa.

Dalam erti kata lain, anda perlu awasi anak anda setiap masa. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya. Aku nak kongsi juga artikel yang aku dapat dari internet ini. Nak kredit siapa penulis asal pun dah tak tahu. Begini bunyinya…

Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya.Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur , dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 minit !Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan me reka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit.Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas

SEBARKAN BERITA INI SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA!

Fenomena Manusia Bangang

Kita sering dengar fenomena pelik, fenomena alam dan Fenomena album kumpulan Search. Ni aku nak cerita pasal fenomena manusia bangang.

Dalam perjalanan pulang dari kejar info ada accident (aku kan part time callman), aku singgah ke pasar malam di kawasan rumah mertua di Seri Manja Klang Lama. Mengidam yon tau foo la pulak. Ngalahkan orang mengandung. Aku pun jalan la dengan wife sambil tengok barang jualan.

Aku agak marah la jugak sebab mat mat motor dok menyelit antara pengunjung. Kalau sebiji dua tu tak la aku kisah tapi ada aje mereka ni. Aku ingat kalau nak lalu ke sebab ye lah kawasan perumahan, tapi sangkaan aku meleset sebab mereka pun membeli juga. Dah la.dengan enjin hidup, selit antara pembeli. Bukan sahaja ianya menyumbangvkepada pencemaran asap dan bunyi ianya juga membahayakan orang lain.

Tak bahaya ke kalau terlanggar orang ke atau anak kecil terpegang ekzos panas. Mereka ni bukan selfish tapi bangang. Kalau motor tu harga 14 juta nak tayang kat orang ke aku paham la keriakan dan sikap nak menunjuk-nunjuk tu. Takat kapcai je kot. Bukannya motor kau tu Rossi jual kat kau pun. Bukan bujang je yang laki bini pun ada. Masing-masing berat kerandut zakar dan kelentit nak jalan gamaknya tu membeli dari atas motor je. Weh aku ada Alphard pun tau parking la turun beli. Angin aku. Nasib baik anak aku yang dua tahun tu tak terpegang ekzos.

Aku perasan fenomena manusia bangang ni hanya di kawasan pasar malam tersebut yang mana kepadatan penduduknya melayu secara majoriti. Aku ke pasar malam kat Bangsar takde pun jumpa fenomena manusia bangang ni. Jika ada antara pembaca yang amalkan sikap macam ni, ubahlah perangai pentingkan diri dan malas tu. Takde sapa heran lat motor cabuk korang tu. Bukan Harley pon. Yang pakai Harley boleh park turun beli barang.

Kini tidak seperti dahulu…

Hmmmm… Aku agak ralat juga baca akhbar hari ini yang membicarakan kes pembunuhan kejam arwah Nadhirah atau Dirang. Daripada 3 suspek, seorang didakwa di bawah akta 302 kerana membunuh, seorang lagi penjara sebulan kerana hisap syabu dan suspek wanita dibebaskan tanpa syarat.

Kenapa yang seorang sahaja kena dakwa dalam kes ni? Bukankah dua lagi turut bersubahat? Masakan mereka tidak tahu apa yang kawan mereka telah lakukan? Jika mereka tahu itu sudah kira bersubahat namanya.

Seingat aku dalam kes arwah Datuk Mazlan dulu si Juraimi yang mengaku bunuh tapi Mona Fandey dan suaminya juga disabitkan sama. Entahlah, mungkin ada benda yang kita tidak tahu yang tidak disampaikan kepada umum.

Dan makin menjadi-jadi kes libatkan kanak-kanak sekarang. Jika dahulu rasanya selamat untuk kita biarkan anak-anak bermain di luar rumah kini tidak lagi.

Dulu kalau nak tunjuk gengster sekali pun bukan kanak-kanak jadi sasaran. Sekarang ni nak tunjuk gengster tapi takde telur, budak-budak dijadikan mangsa. Baik tak payah.

Pada aku, hukuman gantung tidak memadai demi menebus dosanya. Matinya cepat. Kalau di tangan aku, aku akan pastikan dia terseksa sehingga dia merayu untuk dimatikan. Baru setimpal dengan apa yang telah dilakukan pada anak kecil tidak berdosa itu.

Kalian mesti kata aku kejam, sebenarnya seksaan yang aku maksudkan adalan seksaan mental dan bukan fizikal. Boleh tak kalian bayangkan detik-detik terakhir Dirang? Bayangkan ketakutan dirasai arwah sehingga saat-saat maut datang menjemputnya. Bayangkan… Dan itulah aku nak mamat tu rasa.

Menitis air mata aku apabila aku bayangkan apa agaknya Dirang rasa dan lalui di saat-saat akhir hayatnya kerana anak aku nombor 3 lebih kurang bayanya.

Alu berdoa yang semasa dia dicekik, malaikat telah menarik rasa sakit darinya dan dia tidak terseksa. Dan aku berdoa semoga di saat pembunuhnya digantung, matinya dalam azab. Amin. Mari kita sedekahkan Al Fatihah buat Dirang, Nurin Jazlin dan semua mangsa pembunuhan kejam iblis bertopengkan manusia. Semoga roh mereka tenang di syurga Nabi Zakaria. Amin.

Bears Reunite

image

Sesiapa yang kategori 80s child dan tinggal di Kuala Lumpur akan tahu group kereta Chicago Bears.

Zaman aku berjinak-jinak dengan lumba haram kereta dulu, macam-macam group ada. Kalau kat Taman Tun ada budak-budak Devils kat Shah Alam ada CB4 (cellblock 4), ada Killer Bees, ada Tag (jenama jam mahal tu), ada gak Highlanders (geng aku la sebab semua duk kat bukit. Bukit Damansara, Bukit Lanjan, Bukit Tunku dan aku Bukit Seputeh).

Geng-geng lain tak berapa ngam antara mereka kecuali geng aku kerana kami geng dengan semua. Aku juga merupakan ahli Chicago Bears atau Bears sahaja sebagai singkatan.

Menariknya Bears ni keahlian dia seluruh negara. Baru-baru ni kami berjumpa kembali dan akan mendaftar kelab kami dengan rasminya, Bears Motorsport.

Dulu kami memang famous, terutama sekali dengan polis kerana jumlah kami besar dan juga kami sering berlumba sesama sensiri. Tapi kami berlumba di jalan-jalan terpencil dan sunyi bukan macam budak-budak sekarang.

Time kami dulu mana ada bohsia bohsia. Game dalah game. Sama ada cash money atau pihak kalah perlu membakar keretanya di depan pihak menang.

Nanti aku sambung balik dah Maghrib ni.

Boleh tahan

Tunggu lagi. Nak tunggu ubat pulak. Sian Kak Pah. Anyway aku sesaja gatal nak cuba apps wordpress android ni.

Rating aku so far 10/10 atau lima bintang la sebab dia laju kalau nak bandingkan dengan iphone aku dulu. So kepada bloggers tegar dan kalian ada android silalah download. Serius tak rugi.

Ku ke udara lagi….

Nak update blog tapi manjang tak sempat. Nak kata free sangat tu taklah tapi itulah dia hakikatnya, kita tak pernah cukup masa dan masa kian mengejar kita.

Acapkali teman-teman bertanya “bila nak update blog? Dah bersawang tu” Lenny selalu tanya. Bukan tak nak update tapi idea takde. Tengok kot malam ni kalau idea tu datang aku update. Ni pon duk tunggu Kak Pah kat klinik. Demam. Esok dia mc. Haaa giliran dia dah sampai. Later aligator buaya tembaga.