Bersawang

Posted: April 16, 2013 in baby, family, kids, life, love
Tags: , , , , ,

Pehhh bapak lama rasanya aku tak update kat sini. Kerja makin bertambah tambah. Masa yang aku ada hanya untuk tidur aje.

Alhamdulillah, sejak aku diperkenalkan kepada vaping, aku tidak lagi menyenyuh rokok. Malah bau rokok pon aku dah pening sekarang. Kepada mereka yang dulunya kerap menegur aku busuklah bau rokok ni, aku minta maaf. Aku sendiri pon tak boleh bau orang yang baru lepas merokok ni.

Dulu vaping ni konon nak berhenti merokok lah. Guna pon eGo VV aje. Habis kuat upgrade tank ke Vivi Nova. Namun sekarang aku dah jauh upgrade. Cakap aje mod apa tank apa kalau aku tak pernah pakai aku pernah rasa.

Yang best, duit gaji aku tak terusik pon main benda-benda ni. Nak tau camner? Mana boleh kongsi kat sini kalau nak meh lepak dengan aku masa Vapemeet. Aku akan ceritakan. Kalau tidak masakan aku boleh merasa mod-mod dewataraya macam Orion, GGTS, Reo, Poldiac, JM22, Chi You, Caravela dan sebagainya.

Oklah, itu pasal vaping. Ni pasal ahli keluarga baru pulak. Dalam sibuk kerja dan vaping ni, aku sepatutnya timang cahaya mata kelima aku bulan lima ni namun apakan daya dia ikut jejak abang Ar’Rayaan dia, dia nak keluar awal. Maka selamat datang Arman Sulaiman. Sulaiman? Kenapa Sulaiman? dan kenapa abang-abang dan kakaknya ada Wan dia tidak?

Aku namakan dia Sulaiman ada sebab. Sebab pertama, masa dia dilahirkan, dia tidak cukup bulan. Baru 31 minggu dia dah dilahirkan. Malah paru-parunya juga masih belum kuat sepenuhnya. Dia keluar awal kerana uri mamanya dah pecah. Doktor kata nasib baik dia lahir awal kalau tidak, wallahualam.

Jadi pada 14 Mac 2013 Arman Sulaiman dilahirkan jam 5.59 pagi. Yang best tu semalaman aku tunggu. Time aku balik rumah nak mandi time tulah dia nak keluar. So pendeekan cerita, aku ke hospital semula. Wife dah masuk wad biasa namun baby tiada di sisinya. Aku tanya mana anak, dia jawab kat dalam NICU (Neo-natal Intensive Care Unit). Aku jadi hairan kenapa NICU sebab dulu masa Rashidi tak cukup bulan pon tak kena tahan di NICU.

Petang sikit bila wife dah kuat sikit dia ajak aku tengok baby. Ya ALLAH nak gugur jantung aku masuk dalam tu. Aku tengok baby yang kat dalam tu pelbagai wayar dan tiub berselirat atas mereka. Mereka semua diletakkan dalam balang inkubator. Wife suruh cuci tangan dan guna hand sanitizer. Aku tidak boleh bawak baby keluar dari balang kaca itu maka aku azankan dari lubang untuk masukkan tangan ke telinga baby aku. Dalam aku azankan dia, tiba-tiba tangannya yang terbuka menggenggam jari telunjuk aku. Digenggam dan dilepas seolah-olah memberitahuku jangan risau. Aku jadi sebak. Azanku terhenti sekejap. Aku habiskan azan..

Beberapa hari selepas itu dia nampak makin sihat dan dibukakan tiub oksigen dan tiub susu (yang dimasukkan menerusi mulut hingga ke perut) serta tiub IV. Dia juga dikeluarkan dari dalam balang inkubator. Aku boleh azan dan qamat padanya dengan lebih sempurna kali ni. Keciknya anak aku ni. Tak besar dari kotak tisu. Aku tunaikan tugasku sebagai ayahnya. Esok harinya aku dapat call dari wife mengatakan keadaan baby lemah sangat. Doktor kata 50/50 dah ni. Aku terus ke hospital dan aku lihat semua tiub dipasanga semula dan dia kelihatan lemah. Aku cuit dia namun respons amat mengecewakan. Hampir sejam aku berdiri di luar balang kacanya sambil bercakap dengannya. Aku usap tangannya, kakinya dan ubunnya.

Wife pula yang sepatutnya dah boleh pulang dimasukkan ke wad K5, wad khusus untuk ibu-ibu yang baby mereka ditahan. Ianya juga dikenali sebagai lodging ward. Tak perlu bayar apa-apa pun. Bagus sekarang HKL ni.

Di wad K5 aku lihat wife sugul matanya ku lihat bengkak. Aku tau dia susah hati. Lagila aku sebak. Aku tahan. Nurse menyerahkan kepadaku segala dokumen untuk aku daftarkan kelahiran anak aku yang masih belum bernama ini. Aku perlu pulang. Aku tak tahan sedih tengok wife aku keadaan macam tu. Wife kata dia nak tunggu baby. Nak pam susu katanya. Aku tau itu alasan dia nak dekat dengan baby kerana di K5 dah ada segala pam susu, tak perlu ke NICU.

Dalam lif aku peluk dia sambil memujuknya supaya bersabar. Kita perbanyakkan doa. Pehh sedih aku siot. Darah daging sendiri tu kot. Aku masuk ke dalam kereta keadaan sudah mendung. Hati aku pon mendung sama. Tapi aku terlebih dahulu hujan sebelum keadaan kat luar turut hujan. Mau tak hujan, aku tengok keadaan anak aku macam tu. Lepas tu tengok wife sedih susah hati. Di rumah yang kecik dua orang demam nak kan mamanya. Yang dua besar pon sedih bila adik baru tak boleh balik lagi.

Jadi aku pulang aku nekad nak berikan nama baby baru aku ni nama Nabi. Aku tanyakan si kakak dan abang bagi senarai kat baba nama-nama Nabi yang mereka suka. Aku pun dapatlah sebarai tu. Antaranya Muhammad, Ismail (nama arwah papaku), Adam, Ayub, Zakaria dan Ibrahim.

Entah macam mana adik perempuan aku yang suggest Sulaiman dan aku macam suka pulak. Terus aku namakan Sulaiman.

Esoknya di JPN aku namakan dia Wan Arman Sulaiman namun hampa apabila diberitahu sejak 2012 undang-undang hanya membenarkan Wan Nik dan sebagainya jika bapanya juga Wan Nik dan sebagainya.

Maka Arman Sulaiman lah namanya. Nanti sambung balik,,,,banyak pulak keje ni…hadoiiii

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s