Archive for the ‘decisions’ Category


Sedar tak sedar, Ramadhan menjengah kembali. Hari ini genap 4 hari umat Islam menunaikan ibadah puasa di bulan pwnuh keberkatan ini. Namun, pelbagai dugaan mengundang buat insan-insan yang ku kenal. Pertama sekali sahabatku Putra Hassanin dan Putra Hassuna telah kehilangan ayahanda tercinta pada 3 Ramadhan iaitu semalam. Arwah uncle Mohsin dijemput pulang ke rahmatullah jam 6:10 pagi. Tatkala umat Islam lainnya baru selesai bersahur dan menunaikan solat subuh, sahabatku dilanda kesedihan. Ironi ya, 2 tahun sudah, papa dijemput Ilahi pada 27 Ramadhan iaitu tiga hari sebelum Syawal dan selepas berbuka. Arwah uncle Mosin pula pada 3 Ramadhan iaitu 27 hari sebelum Syawal selepas bersahur.

Apa-apa pon aku sekeluarga mendoakan semoga kedua-dua bapa kami ditempatkan di sisi mereka yang soleh.

Dugaan kedua pula pada diri aku. Aku mengenali insan ni dari sama-sama bekerja di sebuah agensi pelancongan di Petaling Jaya. Kami boleh dikatakan rapatlah kerana apa-apa pon kami bak 3 serangkai. Lebih unik, kami berkongsi tarikh lahir yang sama.

Kalau nak dikira kami sudah mengenali diri masing-masing kira-kira lebih enam tahun lah. Kami memang rapat. Beberapa bulan lepas adalah sedikit salah faham di mana dia ingat aku marahkan dia dan aku ingat dia marahkan aku. Kadi kami terputus la hubungan. Malah pada ulangtahun kami pon tidak saling berhubung. Aku ada menghantar pesanan kepadanya sebelum Ramadhan namun tak berjawab. Lantas aku periksa yang rupa-rupanya dia sudahpun memadamkan aku dalam facebook dan twitter miliknya.

Pada aku, aku tak kisah pun. Kalau inilah dia harga persahabatan darinya, aku terima. Cuma pesan aku kepadanya, what comes goes around comes around. Nanti bila kena batang hidung sendiri barulah kamu tahu siapakah yang sebelum ini setapak di belakangmu dan kau sisihkannya.

Wahai teman, halalkanlah termakan terminum aku. Maafkan aku jika aku ada buat salah terhadapmu. Aku mendoakan agar kamu bahagia selalu.