Archive for the ‘family’ Category

Bersawang

Posted: April 16, 2013 in baby, family, kids, life, love
Tags: , , , , ,

Pehhh bapak lama rasanya aku tak update kat sini. Kerja makin bertambah tambah. Masa yang aku ada hanya untuk tidur aje.

Alhamdulillah, sejak aku diperkenalkan kepada vaping, aku tidak lagi menyenyuh rokok. Malah bau rokok pon aku dah pening sekarang. Kepada mereka yang dulunya kerap menegur aku busuklah bau rokok ni, aku minta maaf. Aku sendiri pon tak boleh bau orang yang baru lepas merokok ni.

Dulu vaping ni konon nak berhenti merokok lah. Guna pon eGo VV aje. Habis kuat upgrade tank ke Vivi Nova. Namun sekarang aku dah jauh upgrade. Cakap aje mod apa tank apa kalau aku tak pernah pakai aku pernah rasa.

Yang best, duit gaji aku tak terusik pon main benda-benda ni. Nak tau camner? Mana boleh kongsi kat sini kalau nak meh lepak dengan aku masa Vapemeet. Aku akan ceritakan. Kalau tidak masakan aku boleh merasa mod-mod dewataraya macam Orion, GGTS, Reo, Poldiac, JM22, Chi You, Caravela dan sebagainya.

Oklah, itu pasal vaping. Ni pasal ahli keluarga baru pulak. Dalam sibuk kerja dan vaping ni, aku sepatutnya timang cahaya mata kelima aku bulan lima ni namun apakan daya dia ikut jejak abang Ar’Rayaan dia, dia nak keluar awal. Maka selamat datang Arman Sulaiman. Sulaiman? Kenapa Sulaiman? dan kenapa abang-abang dan kakaknya ada Wan dia tidak?

Aku namakan dia Sulaiman ada sebab. Sebab pertama, masa dia dilahirkan, dia tidak cukup bulan. Baru 31 minggu dia dah dilahirkan. Malah paru-parunya juga masih belum kuat sepenuhnya. Dia keluar awal kerana uri mamanya dah pecah. Doktor kata nasib baik dia lahir awal kalau tidak, wallahualam.

Jadi pada 14 Mac 2013 Arman Sulaiman dilahirkan jam 5.59 pagi. Yang best tu semalaman aku tunggu. Time aku balik rumah nak mandi time tulah dia nak keluar. So pendeekan cerita, aku ke hospital semula. Wife dah masuk wad biasa namun baby tiada di sisinya. Aku tanya mana anak, dia jawab kat dalam NICU (Neo-natal Intensive Care Unit). Aku jadi hairan kenapa NICU sebab dulu masa Rashidi tak cukup bulan pon tak kena tahan di NICU.

Petang sikit bila wife dah kuat sikit dia ajak aku tengok baby. Ya ALLAH nak gugur jantung aku masuk dalam tu. Aku tengok baby yang kat dalam tu pelbagai wayar dan tiub berselirat atas mereka. Mereka semua diletakkan dalam balang inkubator. Wife suruh cuci tangan dan guna hand sanitizer. Aku tidak boleh bawak baby keluar dari balang kaca itu maka aku azankan dari lubang untuk masukkan tangan ke telinga baby aku. Dalam aku azankan dia, tiba-tiba tangannya yang terbuka menggenggam jari telunjuk aku. Digenggam dan dilepas seolah-olah memberitahuku jangan risau. Aku jadi sebak. Azanku terhenti sekejap. Aku habiskan azan..

Beberapa hari selepas itu dia nampak makin sihat dan dibukakan tiub oksigen dan tiub susu (yang dimasukkan menerusi mulut hingga ke perut) serta tiub IV. Dia juga dikeluarkan dari dalam balang inkubator. Aku boleh azan dan qamat padanya dengan lebih sempurna kali ni. Keciknya anak aku ni. Tak besar dari kotak tisu. Aku tunaikan tugasku sebagai ayahnya. Esok harinya aku dapat call dari wife mengatakan keadaan baby lemah sangat. Doktor kata 50/50 dah ni. Aku terus ke hospital dan aku lihat semua tiub dipasanga semula dan dia kelihatan lemah. Aku cuit dia namun respons amat mengecewakan. Hampir sejam aku berdiri di luar balang kacanya sambil bercakap dengannya. Aku usap tangannya, kakinya dan ubunnya.

Wife pula yang sepatutnya dah boleh pulang dimasukkan ke wad K5, wad khusus untuk ibu-ibu yang baby mereka ditahan. Ianya juga dikenali sebagai lodging ward. Tak perlu bayar apa-apa pun. Bagus sekarang HKL ni.

Di wad K5 aku lihat wife sugul matanya ku lihat bengkak. Aku tau dia susah hati. Lagila aku sebak. Aku tahan. Nurse menyerahkan kepadaku segala dokumen untuk aku daftarkan kelahiran anak aku yang masih belum bernama ini. Aku perlu pulang. Aku tak tahan sedih tengok wife aku keadaan macam tu. Wife kata dia nak tunggu baby. Nak pam susu katanya. Aku tau itu alasan dia nak dekat dengan baby kerana di K5 dah ada segala pam susu, tak perlu ke NICU.

Dalam lif aku peluk dia sambil memujuknya supaya bersabar. Kita perbanyakkan doa. Pehh sedih aku siot. Darah daging sendiri tu kot. Aku masuk ke dalam kereta keadaan sudah mendung. Hati aku pon mendung sama. Tapi aku terlebih dahulu hujan sebelum keadaan kat luar turut hujan. Mau tak hujan, aku tengok keadaan anak aku macam tu. Lepas tu tengok wife sedih susah hati. Di rumah yang kecik dua orang demam nak kan mamanya. Yang dua besar pon sedih bila adik baru tak boleh balik lagi.

Jadi aku pulang aku nekad nak berikan nama baby baru aku ni nama Nabi. Aku tanyakan si kakak dan abang bagi senarai kat baba nama-nama Nabi yang mereka suka. Aku pun dapatlah sebarai tu. Antaranya Muhammad, Ismail (nama arwah papaku), Adam, Ayub, Zakaria dan Ibrahim.

Entah macam mana adik perempuan aku yang suggest Sulaiman dan aku macam suka pulak. Terus aku namakan Sulaiman.

Esoknya di JPN aku namakan dia Wan Arman Sulaiman namun hampa apabila diberitahu sejak 2012 undang-undang hanya membenarkan Wan Nik dan sebagainya jika bapanya juga Wan Nik dan sebagainya.

Maka Arman Sulaiman lah namanya. Nanti sambung balik,,,,banyak pulak keje ni…hadoiiii


Sedar tak sedar, Ramadhan menjengah kembali. Hari ini genap 4 hari umat Islam menunaikan ibadah puasa di bulan pwnuh keberkatan ini. Namun, pelbagai dugaan mengundang buat insan-insan yang ku kenal. Pertama sekali sahabatku Putra Hassanin dan Putra Hassuna telah kehilangan ayahanda tercinta pada 3 Ramadhan iaitu semalam. Arwah uncle Mohsin dijemput pulang ke rahmatullah jam 6:10 pagi. Tatkala umat Islam lainnya baru selesai bersahur dan menunaikan solat subuh, sahabatku dilanda kesedihan. Ironi ya, 2 tahun sudah, papa dijemput Ilahi pada 27 Ramadhan iaitu tiga hari sebelum Syawal dan selepas berbuka. Arwah uncle Mosin pula pada 3 Ramadhan iaitu 27 hari sebelum Syawal selepas bersahur.

Apa-apa pon aku sekeluarga mendoakan semoga kedua-dua bapa kami ditempatkan di sisi mereka yang soleh.

Dugaan kedua pula pada diri aku. Aku mengenali insan ni dari sama-sama bekerja di sebuah agensi pelancongan di Petaling Jaya. Kami boleh dikatakan rapatlah kerana apa-apa pon kami bak 3 serangkai. Lebih unik, kami berkongsi tarikh lahir yang sama.

Kalau nak dikira kami sudah mengenali diri masing-masing kira-kira lebih enam tahun lah. Kami memang rapat. Beberapa bulan lepas adalah sedikit salah faham di mana dia ingat aku marahkan dia dan aku ingat dia marahkan aku. Kadi kami terputus la hubungan. Malah pada ulangtahun kami pon tidak saling berhubung. Aku ada menghantar pesanan kepadanya sebelum Ramadhan namun tak berjawab. Lantas aku periksa yang rupa-rupanya dia sudahpun memadamkan aku dalam facebook dan twitter miliknya.

Pada aku, aku tak kisah pun. Kalau inilah dia harga persahabatan darinya, aku terima. Cuma pesan aku kepadanya, what comes goes around comes around. Nanti bila kena batang hidung sendiri barulah kamu tahu siapakah yang sebelum ini setapak di belakangmu dan kau sisihkannya.

Wahai teman, halalkanlah termakan terminum aku. Maafkan aku jika aku ada buat salah terhadapmu. Aku mendoakan agar kamu bahagia selalu.


The Power of Love

Baru-baru ni (takla baru sangat 31 Mei 2012), aku menyambut ulangtahun perkahwinan aku dan isteri tercinta selama 9 tahun. WOW!!!! Sembilan tahun bukanlah satu jangka masa yang pendek. Banyakla ucapan tahniah dan juga doa-doa dari teman dan keluarga semoga berkekalan ke hujung hayat. Terima kasih aku dan isteri ingin ucapkan pada kalian.

Dalam masa 9 tahun, pelbagai dugaan terpaksa kami lalui dan harungi dan alhamdulillah semuanya dapat kami atasi dan lalui. Siapa kata ianya mudah? Banyak kali kami hampir-hampir putus asa dan ambil jalan mudah namun ada kuasa yang menghalang kami melakukannya dan mendorong kami untuk terus berjuang. Kuasa itu adalah kuasa cinta yang dianugerahkan Allah SWT kepada kami.

Kuasa cinta dan sayang dapat menyembuhkan penyakit, dapat mengalahkan musuh dan juga mengharmonikan kehidupan kita seharian. Baru-baru ni ada sorang teman mengadu yang dia baru mengenali si polan ni dan dia rasa macam mereka dah couple tapi macam tak couple. Pening kejap aku. Macam mana tu dah couple tapi macam tak couple?

Rupanya lepas dia beri penjelasan baru aku paham. Mereka ni boleh kata bak pasangan kekasih la cuma bukan macam kekasih. Aku tanya lagi kenapa pula jadi macam tu. Dia jawab, kami selalu tidak dapat kata putus tentang sesuatu dan ianya akan menjadi punca bertegang urat leher. Aku cakap, kalau urat leher takpe la bukan urat lain. Dia mengadu padaku yang si lelaki ni dah buat perancangan untuk meminang kawan aku ni. Aku cakap elok la, awak tu takkan nak membujang sampai ke senja.

Dia ni risau, sebelum kahwin asyik gaduh takut dah kahwin nanti lagi la. Aku cakap senang. Kamu pernah gagal dalam percintaan. Dah tunang dah pon dulu tapi dia putuskan. Si mamat ni pulak duda. Kalian memang ada pengalaman memedihkan. Jadi masing-masing masih takut. Takut apa kawan aku ni tanya. Takutlah, takut pisang berbuah dua kali. Takut apa yang kalian lalui akan berulang atau lebih teruk. Jadi masing-masing mencari kelemahan pasangan untuk diperbaiki. Masalahnya, kalian sekarang mudah tersinggung.

Aku cakap lagi padanya, just go with the flow. Jangan risau sangat. Jangan terlalu takut untuk bercinta. Ni korang BENCINTA dan bukan BERCINTA. Masing-masing kena bagi ruang untuk mengenali diri dan hati budi masing-masing. Lepas dua jam menasihatinya dan dia sampai sesart jalan la. Nak ke Subang Airport nah terlepas sampai ke hulu Subang mana tah. Nasib baik tak terlanggar bontot treler katanya.

Okay, berbalik kepada ceritera aku. Entah kenapa la semenjak dua ni kan, aku dok teringat kat dua orang yang pernah bertaman di hati aku. Seorang ni Nurhasnida AKA Balqis, ex-staff aku masa aku ada restoran semi-fine dining di Alpha Angle Wangsa Maju dan seorang lagi Norhaslinda yang juga ex-staff aku di restoran yang sama. Kedua-dua orang ini aku yang ambil bekerja. Balqis kerana kepakarannya dalam malay dessert dan Linda kerana paras rupanya sesuai untuk ku jadikan dia Hostess.

Aku tidak pon tahu-menahu rupa-rupanya ada perebutan berlaku antara kakitangan aku. Apa yang mereka rebutkan? Aku dow! Memanglah aku tak handsome macam Aaron Aziz tapi aku menjadi bahan taruhan mereka. Ceh, dulu aku dengar lelaki selalu buat macam tu. Sapa dapat awek tu kira jagoan. Ok ok sebelum aku kembang jom teruskan.

Aku tidak tahu yang antara Linda dan Balqis ada persaingan. Patuta Linda akan buatkan aku secawan espresso setiap pagi tatkala aku sedang melakukan semakan dalam pejabat. Namun Linda kalah kepada Balqis kerana Balqis bijak mengatur strategi. Dia memenangi hati mama aku dulu. Mama selalu akan berada di dapur restoran kerana dialah merancang menu dengan chef. Jadi peluang inilah Balqis gunakan untuk memikat hati mama aku. Dengan perwatakan sopan santun ala-ala perempuan Melayu terakhir itulah mama berkenan.

Mama cuba kenenkan aku dengan Balqis. Dan kenen mama mengena. Aku pun mula sukakan si Balqis ni. Aku kebetulan masa tu baru kehilangan Nurhanisah. Jadi cinta mula berputik. Tidak lama selepas itu Linda menghantar surat berhenti kerja tanpa menyatakan sebab. Aku tidak tahu apa sebabnya hinggalah Linda beritahu aku beberapa lama selepas itu.

Aku diperkenalkan kepada semua yang mengenali Balqis. Famili dia ada gerai di food court Alpha Angle. Jual mi wantan.Aku diperkenalkan kepada ‘kakaknya’ yang sebetulnya aku perlu panggil abang dan juga kakak serta abang iparnya. Setiap kali waktu rehat, Balqis akan mengajak aku makan di gerai abang iparnya. Tanpa aku ketahui ada agenda tersembunyi. Ye lah, sapa tak bangga dapat ngorat anak selebriti, tokey restoran ala-ala Seri Melayu lak tu, So dia dengan bangganya ‘menayang’ aku bak trofi kemenangan kepada yang mengenalinya.

Perhubungan kami intim. Dia tinggal 10 blok dari blok flat yang aku sewa. Setiap malam kami akan berjumpa untuk makan dan akan lepak di bawah sampai jam 10 11 malam. Aku mula mencintai wanita ini. Balqis juga ada membawa aku bertemu dengan ibunya yang tinggal di Gombak.

Aku tidak tahu yang si Balqis ini juga menjadi idaman salah seorang chef restoran aku. Ada sekali chef ni ajak la aku pegi minum-minum di kawasan food court wangsa maju. Tak jauh dari rumah aku. Situ rupanya dia dan beberapa orang kakitangan dapur aku selalu lepak selepas kerja kerana salah seorang rakan mereka ada membuka gerai. Kawannya ini janda beranak satu. Anak perempuan. Boleh tahan juga lah paras rupanya.

Si chef Mazlan ni dok kenen budak tu ke aku tanpa pengetahuan aku. Patutlah tiap kali lepak sana budak perempuan ni (aku lupa namanya) dia bagi layanan istimewa. Aku tak pesan lagi dah siap mihun sup dan neskafe ais aku. Dalam aku tak sedar tu, chef Mazlan ni dah report ke Balqis agaknya aku ada pasang sorang lagi awek.

Masa tu handphone paling murah pun 3 4 ribu jadi aku ada pager je. Aku dapat mesej dalam pager tu berbunyi lebih kurang macam ni la, “tak sangka awak sanggup lukakan hati saya – Balqis.” Saya terus meninggalkan staff-staff saya di sana dan start motor terus ke rumah Balqis. Saya hon dia tak menjengah. Sepanjang perkenalan kami, saya tak pernah jejakkan kaki ke depan pintu rumahnya.

Malam itu saya nekad. Hon tak muncul, saya menderam enjin motor tak juga keluar. Sebelum orang baling saya dengan batu bata baik saya pergi ketuk pintunya (enjin motor 535cc guna ekzos macam senapang patah memang bising kalau deram kuat-kuat). Saya beri salam dan mengetuk-ngetuk pintu rumahnya. Saya amat berharap kakak angkat Balqis ada di rumah jadi taklah nampak macam kami berkhalwat. Dalam masa lima minit saya ketuk baru daun pintu terbuka. Saya lihat Balqis bertelekung dan matanya bengkak. Saya tanya kenapa dia tak jawab. Dia hendak menutup pintu kayu lalu saya selitkan but supaya ianya tidak boleh tertutup. Saya minta dia berikan saya peluang dan jua memintanya menjelaskan kepada saya apa yang berlaku.

Dia membuka semula pintu dan berdiri agak jauh daripada saya walaupun kami dipisahkan jeriji besi. Dia menceritakan kepada saya yang dia mendapat berita yang saya mempunyai kekasih lain. Dan tergamak saya memainkan perasaannya selama ini. Dia kata yang dia sedar dirinya orang susah dan tak perlulah saya memainkan perasaannya, memberikan harapan kepadanya.

Saya keliru. Kekasih lain? Mainkan perasaan? Apa yang dia merepek ni saya tanyakan. Saya cakap yang betakhta di hati ini hanya dia seorang sahaja. Oh lupa aku nak beritahu, atas nasihat mama, Balqis perlu berhenti kerja dan kerja di tempat lain kalau nak menjalinkan hubungan dengan saya kerana apa kata kakitangan lain nanti. Jadi Balqis ketika ini bekerja di sebuah bakery berdekatan bulatan Pudu. Saya lah selalu menghantarnya kerja dan dia akan pulang sendiri.

Jadi kami hanya dapat berjumpa dan melepaskan rindu pada sebelah malam sahaja kerana dia pulang selalunya jam 8 malam. Kalau bas penuh 9 malam baru dia sampai, Sebab itulah aku selalu lepak dengan staf aku yang lain sementara menunggu kepulangannya.

Balqis menceritakanlah kepada aku yang ada orang melaporkan kepadanya yang aku menjalin hubungan dengan anak pemilik warung bihun sup kami lepak lepas kerja tu. Dari konfius aku jadi marah la sebab Balqis senang sangat makan hasutan orang. Masa tu tengah getir maka aku menerangkan kepada Balqis situasi sebenar.

Agak lama jugala untuk aku menerangkan situasi sebenar dan memujuk hatinya kembali. Dia sendiri cakap yang masa aku dapat pesanan tu, dia sendiri nampak aku mesra dengan perempuan tu. Aku cakap la habis takkan aku nak seranah orang yang tak buat salah. Pada aku perempuan itu hanya sekadar anak tuan punya gerai tempat kami lepak. Tak lebih dari itu. (Ya aku tahu macam bunyi dalam filem tapi kalau kalian tanya 3 orang dalam cerita aku ni mereka akan akuinya juga.) Akhirnya aku dimaafkan walaupun entah di mana salah dan silapnya. Aku diminta berjanji tidak akan ke sana lagi. Demi cinta kami, aku berjanji. Dan Balqis kata kalau aku mungkir janji kami itu maka hubungan kami akan putus dan dia akan anggap aku tidak lagi wujud dalam hidupnya. Dan dalam telekung itu jugalah dia bersalam dengan aku dan mencium tanganku meminta maaf. Terkesima aku kejap. Dia ni practice nak jadi bini aku ke? Aku baru 23 tahun!!! Takpelah.

Semenjak peristiwa itu aku perasan kami lebih rapat dari sebelumnya. Sehinggalah pada satu hari aku mendapat pesanan dari anak taukey ni katanya mamanya ingin jumpa aku nak minta tolong. Pager bukan macam handphone boleh reply, ianya one-way communication. Aku nak cakap macam mana yang aku tak boleh pergi. Takpelah, aku katakan pada diriku yang aku akan singgah sebentar untuk melihat apa dia pertolongan yang dia perlukan dan beritahunya aku tak boleh ke mari lagi.

Jam 6 petang aku sampai ke gerai bihun sup tersebut. “Nah Man! Aunty nak kau rasa dan beritahu aunty pandangan kamu tentang menu baru ni.” katanya. “Eh apa ni aunty?” tanyaku pendek. “Bakso, si Mira (kita assume la nama dia Mira sebab aku lupa) ni yang buat.”

Alamak, macam mana ni? Nak blah dah dihidangkan depan aku siap dengan nescafe ais lagi. Mau tak mau aku duduk la kejap rasa. “Aunty saya tak boleh lama ni kejap lagi nak ambil Balqis.” Dan aku perasan setiap kali aku mention nama Balqis si Mira akan berubah mukanya.

Aku pun rasa lah apa itu bakso buat pertama kali dalam hidup aku. “Boleh tahan la aunty…” dan belum sempat aku habiskan ayat aku, keluar mesej “Kita putus. Awak tipu saya” di pager Alcatel saya itu. Aku meletakkan not RM5 dan terus start motor.

Aku terpikir kejap. Aku nak ke mana? Balqis kerja. Eh! Kalau dia kerja, macam mana dia boleh hantar pesanan tu ke pager aku? Dan baru aku terfikir, ni mesti dia ada dekat sini dan ada yang membawanya ke sini untuk spy aku. AKU DIPERANGKAP!!!!

Aku baru sedar yang aku diperangkap. Aku terus ke rumah Balqis. Dia melihat aku dari tingkapnya dan terus dia menutup tingkap dan langsirnya. Macam aku ni hodoh sangat untuk tatatapan matanya. Aku mengetuk pintu rumahnya dan kak Nora yang membuka. “Man, Ida (nama Balqis di rumah) tak nak jumpa kamu. Dia pesan ke akak, kalau kamu datang suruh beritahu kamu pulang aje. Apa yang berlaku Man?” kak Nora bertanya. Masa itu jantung aku bak dirobek bila aku dengar yang Balqis memesan kepada kakak angkatnya supaya aku dihalau.

Aku menceritakan kepada kak Nora apa berlaku. Kak Nora mengangguk faham. “Takpelah Man, akak cuba apa yang terdaya. Kalau dia tak nak juga apa akak boleh buat? Dan lagi satu, dia suruh kamu ambil balik ini.” kata kak Nora sambil menghulurkan aku kotak cincin yang dalamnya ada sebentuk cincin emas putih berbentuk hati di atasnya. Dunia aku tiba-tiba gelap. Aku terduduk kejap depan pintu rumah kak Nora. Kak Nora membuka pintu untuk membantu tapi aku lebih dulu bangun dan beredar. Aku paling ke belakang, “Tak perlu kak. Saya dah faham maksudnya. Terima kasih kak keranan selama ini banyak membantu saya masa kami bersama dulu.”

Aku duduk di atas motor aku, aku tenung lama-lama cincin tersebut dan dari ekor mata aku perasan ada yang bertelekung sedang memerhatikan aku di balik tingkap ruang tamu. Dan bila aku toleh untuk melihat tingkap tersebut terus ditutup. Kenal sangat aku kelibat siapakah itu. Aku menghidupkan motor dan aku beredar. Malam itu aku tak keruan. Entah ke mana aku pusing. Aku berkuyup di kotaraya kerana hujan. Yang paling akhir aku ingat malam itu ialah aku berada di bawah rumahnya selama dua jam dalam hujan lebat dengan kilat sabung menyabung. Walaupun aku kesejukan aku nekad untuk melihatnya buat kali terakhir sebelum aku melangkah pergi. Kak Nora yang datang berpayung ke arah aku. Dia mengajak aku ke tangga supaya dapat berteduh dari hujan. Balqis mengejutnya mengatakan aku di bawah dan dia takut aku buat benda tak senonoh. Apabila aku dengar ayat itu aku hidupkan motor dan terus berlalu. Seminggu aku demam selsema dan batuk selepas itu.

Aku dapat berita yang kak Nora untuk tinggal di Pandan kerana dia mendapat hak penjagaan anak-anaknya. Maka aku yakin Balqis seorang sahaja kini. Tuhan kalau nak tunjuk tu sekejap je. Satu petang aku kebetulan lalu rumah Balqis ketika pulang dari restoran aku dan aku nampak ada lelaki lain menurunkan Balqis dari kereta. Balqis mengecam bunyi motor aku lalu dengan pantas dia berlari ke tangga untuk ke tingkat satu. Takut macam nampak hantu lagaknya. Aku terus membuat pusingan U dan menggunakan lorong lain untuk pulang ke rumah.

Aku keseorangan kembali. Restoran kami mama ambil keputusan untuk tutup kerana perbalahan dengan pihak pengurusan. Masalah apa tidak la pula saya tahu walaupun ianya atas namaku.

Memandangkan restoran dah tutup, maka aku tidak perlu menyewa di Seksyen 2 Wangsa Maju. Masa untuk aku pulang ke kondo mama di Vistana. Jadi sementara menunggu penyewa lain ambil alih rumah aku, aku ambil keputusan nak dinner kat Secret Recipe dalam Alpha Angle yang aku dengar baru buka. Aku pun memesan makanan dan minuman. Nak tergolek aku apabila yang menghantar makanan aku adalah Linda, ex-staff aku. Aku pun bertanyakan kepadanya, kenapa dari menjadi hostess yang gajinya 1,300 sanggup jadi pelayan yang gaji kasarnya dalam 700 je. Dia cakap nanti dia ceritakan. Dia simpati dengan apa yang berlaku antara aku dan Balqis. Mak ai! Satu Wangsa Maju ke tau apa yang berlaku ni?

Selesai aku makan, aku memanggil Linda untuk menyelesaikan bil. Aku tanya dia habis kerja pukul berapa, jam 10 katanya. Aku pun mengajak dia minum selepas kerja dan dia kata ok. Aku cuma nak tahu apa yang berlaku dan mengapa pula dia boleh tahu apa terjadi antara aku dan Balqis.

Malam itu aku tak bawak motor, aku bawak kereta mama. Aku jemput Linda dan membawanya bersiar-siar di KL, Kami ke Kampung Baru. Kami lepak di sebuah gerai bubur yang menjadi kegemaran mama. Memang sedap. Tapi aku ku sana bukan kerana buburnya tapi kerana pemiliknya macam abang aku jadi aku selamatlah kalau ada apa-apa,

Selepas minuman kami sampai aku meminta Linda menceritakan kepada aku mengapa dia berhenti mengejut. Lalu dia berkata, “Saya malu En Norman. Malu sesangat.” “Eh Linda!, Tak payah la nak berencik-encik dengan saya. Saya bukan lagi bos awak.” balasku.

“Boleh saya panggil En Norman sayang?” katanya kepadaku dan hampir-hampir sahaja aku menyemburnya dengan air di dalam mulutku. “Kalau tak boleh takpe, saya sedar saya tak layak untuk awak. Awak anak somebody. Saya nobody. Untung Balqis dapat awak dulu tapi dia bodoh kerana tak tahu jaga awak.” Sekali lagi bundar biji mata kembang kuncup telinga ni kejap mendengar.

Aku macam tak percaya apa yang aku dengar. “Awak ingat tak masa interview dulu? Masa itu lagi saya dah jatuh hati dengan awak. Wani pun sama. (Wani kawan LInda yang datang masa interview tapi Wani dapat tawaran lebih baik di sebuah toko jamu). Dan apabila awak call saya cakap saya dapat kerja itu sukanya saya..”

Dan patutlah aku perasan masa kami buat latihan selama dua minggu sebelum perasmian restoran aku tu, si Linda ni perhatikan aku macam la aku ni filmstar dan setiap kali bila aku yang bercakap ketika latihan, dia akan ambil nota.

“Cuma saya agak terkilan bila awak rapat dengan Balqis. Sebab awak couple dengan Balqis lah saya berhenti kerana saya tak sanggup melihatnya. Dan lebih pedih lagi apabila Balqis memberitahu kami yang kami tak setaraf untuk awak. Hanya dia sahaja.”

Aku terpukau sekejap. Betul ke ni? Dan kami berbual sehingga larut malam sebelum aku menghantarnya pulang dan rupa-rupanya Linda hanya selang beberapa blok dari blok aku. Semenjak itu kami mula rapat. Dia akan bawak gitar kapuknya dan lepak di taman di bawah dan memetik lagu-lagu Ella sambil kami lepak-lepak, Kebetulan kami berdua memang minat Ella.

Tanpa kami sedari kami telahpun menjalinkan hubungan dan Balqis kini hanyalah memori. Hari-hari terakhir aku menyewa di Wangsa Maju juga merupakan hari-hari terakhir hubungan aku dan Linda. Setiap malam Linda akan ke rumah aku, memetik lagu kegemaran aku dari Ella, Esok Lusa Selamanya.

Esok Lusa Selamanya

Malam Tahun Baru merupakan malam terakhir kami keluar bersama. Aku membawanya ke hotel Pan Pacific di KLIA untuk melihat bunga api dan jua kebetulan band kawan aku bermain di lounge di Pan Pacific tersebut.

Dan esok aku akan berpindah ke rumah mama semula. Aku tak akan lupa ayat ini dari Linda, “Saya gembira sangat dapat bersama awak. Walaupun sekejap kalau ditakdirkan.” Aku meletakkan jari telunjukku ke bibirnya kerana aku tak suka akan ayat tersebut. Malam itu aku menghantarnya pulang. Sebelum turun dia ucapkan terima kasih. Esok dia akan pulang ke kampung. Silap aku, aku tak tanya kampung dia di mana. Malam itu adalah malam terakhir aku berjumpa dengannya kerana selapas itu dia menghilangkan diri. Sebab apa tidak aku ketahui. Dan hingga kini, aku ingin jumpa Linda dan Balqis untuk ucapkan terima kasih dan mohon maaf dari mereka kiranya aku pernah mengecewakan mereka. Nama penuh mereka aku tidak ingat tapi sorang ni Nurhasnida atau Balqis dan seorang lagi Norhaslinda.

Silalah hubungi saya kiranya kalian mengenali mereka atau salah seorang daripada kalian pembaca adalah mereka. Sesungguhnya ku ingin berjumpa mereka ini buat kali terakhir sebelum mata ini terpejam rapat buat selama lamanya.


I got this touching story from an email. Just thought of sharing it.

When I got home that night as my wife served dinner, I held her hand and said, I’ve got something to tell you. She sat down and ate quietly. Again I observed the hurt in her eyes.

Suddenly I didn’t know how to open my mouth. But I had to let her know what I was thinking. I want a divorce. I raised the topic calmly. She didn’t seem to be annoyed by my words, instead she asked me softly, why?

I avoided her question. This made her angry. She threw away the chopsticks and shouted at me, you are not a man! That night, we didn’t talk to each other. She was weeping. I knew she wanted to find out what had happened to our marriage.But I could hardly give her a satisfactory answer; she had lost my heart to Jane.

I didn’t love her anymore.I just pitied her! With a deep sense of guilt, I drafted a divorce agreement which stated that she could own our house, our car, and 30% stake of my company. She glanced at it and then tore it into pieces.

The woman who had spent ten years of her life with me had become a stranger. I felt sorry for her wasted time, resources and energy but I could not take back what I had said for I loved Jane so dearly.

Finally she cried loudly in front of me, which was what I had expected to see. To me her cry was actually a kind of release. The idea of divorce which had obsessed me for several weeks seemed to be firmer and clearer now.

The next day, I came back home very late and found her writing something at the table. I didn’t have supper but went straight to sleep and fell asleep very fast because I was tired after an eventful day with Jane.

When I woke up, she was still there at the table writing. I just did not care so I turned over and was asleep again.In the morning she presented her divorce conditions: she didn’t want anything from me, but needed a month’s notice before the divorce.

She requested that in that one month we both struggle to live as normal a life as possible. Her reasons were simple: our son had his exams in a month’s time and she didn’t want to disrupt him with our broken marriage. This was agreeable to me. But she had something more, she asked me to recall how I had carried her into out bridal room on our wedding day. She requested that every day for the month’s duration I carry her out of our bedroom to the front door ever morning.

I thought she was going crazy.Just to make our last days together bearable I accepted her odd request. I told Jane about my wife’s divorce conditions. She laughed loudly and thought it was absurd. No matter what tricks she applies, she has to face the divorce, she said scornfully.

My wife and I hadn’t had any body contact since my divorce intention was explicitly expressed. So when I carried her out on the first day, we both appeared clumsy. Our son clapped behind us, daddy is holding mommy in his arms. His words brought me a sense of pain. From the bedroom to the sitting room, then to the door, I walked over ten meters with her in my arms. She closed her eyes and said softly; don’t tell our son about the divorce. I nodded, feeling somewhat upset. I put her down outside the door. She went to wait for the bus to work. I drove alone to the office.

On the second day, both of us acted much more easily. She leaned on my chest. I could smell the fragrance of her blouse. I realized that I hadn’t looked at this woman carefully for a long time. I realized she was not young any more. There were fine wrinkles on her face, her hair was graying! Our marriage had taken its toll on her. For a minute I wondered what I had done to her.

On the fourth day, when I lifted her up, I felt a sense of intimacy returning. This was the woman who had given ten years of her life to me. On the fifth and sixth day, I realized that our sense of intimacy was growing again. I didn’t tell Jane about this. It became easier to carry her as the month slipped by. Perhaps the everyday workout made me stronger. She was choosing what to wear one morning. She tried on quite a few dresses but could not find a suitable one. Then she sighed, all my dresses have grown bigger. I suddenly realized that she had grown so thin, that was the reason why I could carry her more easily.

Suddenly it hit me… she had buried so much pain and bitterness in her heart. Subconsciously I reached out and touched her head. Our son came in at the moment and said, Dad, it’s time to carry mom out. To him, seeing his father carrying his mother out had become an essential part of his life.

My wife gestured to our son to come closer and hugged him tightly. I turned my face away because I was afraid I might change my mind at this last minute. I then held her in my arms, walking from the bedroom, through the sitting room, to the hallway. Her hand surrounded my neck softly and naturally.

I held her body tightly; it was just like our wedding day. But her much lighter weight made me sad. On the last day, when I held her in my arms I could hardly move a step. Our son had gone to school. I held her tightly and said, I hadn’t noticed that our life lacked intimacy.

I drove to office…. jumped out of the car swiftly without locking the door. I was afraid any delay would make me change my mind…I walked upstairs. Jane opened the door and I said to her, Sorry, Jane, I do not want the divorce anymore. She looked at me, astonished, and then touched my forehead. Do you have a fever? She said. I moved her hand off my head. Sorry, Jane, I said, I won’t divorce.

My marriage life was boring probably because she and I didn’t value the details of our lives, not because we didn’t love each other anymore. Now I realize that since I carried her into my home on our wedding day I am supposed to hold her until death do us apart.

Jane seemed to suddenly wake up. She gave me a loud slap and then slammed the door and burst into tears. I walked downstairs and drove away. At the floral shop on the way, I ordered a bouquet of flowers for my wife. The salesgirl asked me what to write on the card. I smiled and wrote, I’ll carry you out every morning until death do us apart.

That evening I arrived home, flowers in my hands, a smile on my face, I run up stairs, only to find my wife in the bed – dead.

My wife had been fighting CANCER for months and I was so busy with Jane to even notice. She knew that she would die soon and she wanted to save me from the whatever negative reaction from our son, in case we push through with the divorce. At least, in the eyes of our son—- I’m a loving husband….

The small details of your lives are what really matter in a relationship. It is not the mansion, the car, property, the money in the bank. These create an environment conducive for happiness but cannot give happiness in themselves. So find time to be your spouse’s friend and do those little things for each other that build intimacy.

Do have a real happy marriage! If you don’t share this, nothing will happen to you. If you do, you just might save a marriage.

Many of life’s failures are people who did not realize how close they were to success when they gave up.

Iftar di Subaidah

Posted: August 13, 2011 in family

Cheese Naan + Chicken Tandoori

Cheese Naan + Chicken Tandoori

Hari ni 13 Ramadhan. Sepanjang hari jenuh la wife dan anak-anak aku yang berpuasa tanya nak berbuka di mana dan makan apa.

KFC la, McDonald’s la dan Pizza Hut merupakan antara yang disebut-sebut.

Aku pun serabut. Nak makan di rumah, aku agak kesian dengan anak-anak yang bosan berbuka di rumah.

Akhirnya lepas solat Asar aku ambil keputusan untuk ke Restoran Nasi Kandar Subaidah di Kota Damansara. Bukan apa, di sini semua orang boleh pesan kegemaran masing-masing.

Ni aku tengah update sambil menunggu waktu berbuka. Aaliyah dan Ferhad ingin berbuka dengan roti tisu dan milo ais dinosaur. Wife aku pulak terliur tengok juadah lauk pauk nasi kandar manakala aku memesan cheese naan dan ayam tandoori.

Selamat berbuka puasa kepada semua.


Arwah papa with my sister Nelisa

Tatkala umat Islam lain sibuk dengan persiapan Aidilfitri, aku sekeluarga sedang berkabung. Ayahandaku, Allahyarham Ismail Hamzah telah kembali ke Rahmatullah pada 27 Ramadhan 1431 hijrah lalu bersamaan Isnin, 6 September 2010.

Aku sedih, aku ralat. Sedih dan ralat aku bukan sebab pemergiannya, itu aku redha, namun aku ralat dan sedih kerana tidak sempat memohon ampun dan maaf darinya sebelum dia dijemput pulang.

Pada hari Isnin tersebut aku benar-benar tidak sihat dan diberi ubat amat kuat bagi menghentikan selsema dan batuk kronik aku. Sepanjang hari aku tidur dek kerana ubat yang diberikan kepada aku.

Jam 5 petang isteriku pulang ke rumah. Dia pulang awal kerana kebetulan pejabatnya terbakar di Jalan Tandang PJ. Jadi pejabat urusan MPH Bookstores Malaysia Bhd dipindahkan ke beberapa lokasi mengiku jabatan-jabatan,

Jam 7 aku hantar isteriku ke rumah ibunya. Dalam jam 7.45 malam, aku menerima panggilan telefon dari adik sebelah mak tiri aku. “Abang, papa dah meninggal..” katanya diselang seli tangis sendu. Aku macam dilanggar bas persiaran pada kelajuan 300 kilometer sejam. Aku masih mamai ubat jadi aku minta diulanginya sekali lagi. Ayat yang sama, aku seperti robot bingkas bangun tanpa menjamah makanan di atas meja dan berpesan kepada isteriku yang jaga anak-anak kerana aku hendak menziarah jenazah papa…

Entah kenapa aku boleh ambil masa dua jam untuk sampai di Mantin. Mungkin kerana ubat aku khayal sehingga aku nyaris-nyaris masuk bawah treler.

Setibanya aku di sana, aku lihat rumah papa terang benderang. Ramai mengunjungnya. Saudara mara, sahabat dan rakan taulan berkumpul di luar rumah kerana kaum perempuan sedang membaca Yassin. Aku longlai ke arah jenazah, ku buka kain menutup mukanya untuk menatap. Wajahnya tenang. Tiada rupa sakit. Papa nampak muda! Jika waktu sakitnya dia kelihatan jauh lebih tua dari usianya.

Selepas mengucup dahinya, aku pun bertanyakan kepada mak tiri aku apa yang berlaku.

Mummy pon bercerita. Arwah papa pagi tu mintak mummy masakkan rendang banyak-banyak untuk Raya sedangkan Raya lagi 3 hari. Dia cakap dia teringin nak makan dan lepas ni lama dia tak boleh makan dah. Malah mummy ada cakap dua tiga hari sebelum tu pon papa ada cakap sebelum nak tidur, kalau dia mati uruskan jenazahnya cepat.

Waktu berbuka, papa senduk sendiri nasi dan lauk-lauk. Mummy cakap itulah paling banyak dia tengok papa makan. Namun selepas menjamah juadah utama, papa mahu cendol sebagai pencuci mulut. Dan tiba-tiba papa terbatuk macam tersedak. Dia terbatuk dua kali lepas tu tersandar. Mummy cepat-cepat ampu dia takut jatuh. Sambil-sambil itu mummy mengelap muka papa dengan air.

Mummy menyandarkan papa ke meja kerana mahu memanggil jiran dan dalam pada itu papa tersembam ke bawah. Apabila jiran sebelah papa yang kebetulan imam dua surau berdekatan periksa, papa dah takde katanya. Mereka panggil ambulans dan paramedik pon mengesahkan papa dah takde.

Aku dengar dengan khusyuk namun aku tak rasa apa-apa. Aku marah kerana aku tak sedih. Cuma aku kesal sebab aku tak sempat minta maaf ke papa sebelum dia pergi. Kami ada selisih faham sebelum ini. Ia berlaku kira-kira bulan April apabila abang ipar aku melangsungkan perkahwinannya. Kebetulan kami sibuk ya amat hari tu dan papa merajuk sebab aku tak sambut kedatangannya. Kebetulan dia tiba waktu kamu tengah kemas dewan dan aku di belakang.

Selepas itu papa macam pinggirkan aku. Jauh hati agaknya. Dan aku juga marah kepadanya kerana sepanjang aku membesar semenjak dia berpisah dengan mama masa umur aku 6 tahun lagi, dia jarang ambil tahu pasal aku dan adik aku Nelisa. Tak pernah pulak aku ungkit. “Takpelah, orang tua yang lonely memang macam tu…” pesan mama kepadaku.

Malam tu aku tak tidur sekelumit cuma lepas sahur (aku tak makan dari malam lagi dan aku tak lalu nak sahur) aku terlelap dalam kereta sekejap akibat keletihan. Saudara mara dari Kelantan dan Johor dah penuh dalam ruamh. Kaum kerabat KM Oli Meohammed (sahabat arwah papa) yang dah macam saudara kami pun mula tiba dari Singapore.

Jam 8 pagi aku ke Balai Polis Mantin untuk ambil surat kematian. Oh lupa aku buat repot lepas-lepas baca Yassin malam sebelum tu. Aku sampai ke rumah aku lihat van jenazah dah sampai. Memandangkan aku anak lelaki sulung maka mereka menunggu aku. Selepas aku menunjukkan sijil kematian ke Imam masjid maka jenazah arwah diusung masuk ke dalam. Aku disuruh duduk dekat dengan kepala arwah di dalam van.

Masa tu baru aku berasa sebak. Perjalanan terakhir papa sebelum disemadikan. Kami pon tiba di Masjid Kampung Gebok Batu 12 Mantin. Masjid baru, itulah yang aku perasan. Rupa-rupanya papa merupakan jenazah pertama yang dimandikan di masjid itu. Aku betul-betul respek kat AJK masjid. Semua urusan pemandian dan pengkafanan jenazah aku yang jadi VIP.

Sementara menunggu kafan disiapkan tiba-tiba aku hiba menatap jenazah papa yang ditutup kain di atas tempat pemandian. Dulu aku kecik-kecik dia mandikan. Kali ini untuk perjalanan akhirnya, dia aku mandikan. Aku tak tahan aku cari mama dan berjurai la sekejap air mata aku.

“Don’t cry sayang. Nanti papa tak tenang.” mama memberi kata semangat. Aku kesat air mata aku dan melangkah semula ke kamar mandi jenazah.

Ramai adik-beradik lelaki papa ada dalam tu dan semua nak mandikan. Yang best, Imam 2 dan Imam 3 masjid tu apit aku dan bagi aku keutamaan memandikan papa.

Selesai mandikan papa, kami usungnya ke ruang masjid untuk dikafankan. Aku juga yang diberi keutamaan. Wajah papa tenang dan seperti tersenyum. Waktu kucupan terakhir itulah ramai yang tiba-tiba hiba. Aku lost sekejap. Aku merayau dan tau-tau Imam 2 panggil aku sebab nak solat jenazah katanya.

Malah dia pimpin aku untuk berwudhu. Dia juga mengajar aku aku akad, “Saya serahkan jenazah ayah saya untuk disembahyangkan kepada imam.” Imam 1 yang sedia menunggu memeluk aku dan terus pimpin aku ke saf pertama dan berdiri dibelakangnya. Aku diapit Imam 2 dan Imam 3.

Setibanya di tanah perkuburan, ku lihat ramai dah menunggu. Aku tak masuk ke dalam liang lahad sebab aku takleh tunduk, tak lebar sangat lubangnya dan aku ni 6 kaki tinggi orangnya!

Melangkah meninggalkan tanah perkuburan aku berasa seperti papa memerhatikan kami semua. 26 Oktober ini genaplah dua bulan papa meninggalkan kami semua. Kepada sesiapa yang mengenali arwah Ismail Hamzah, halalkanlah makan minumnya dan jika arwah ada berhutang dengan kalian, silalah hubungi saya.

“Ya ALLAH, ampunilah dosa ayahku Ismail binti Che Som, jauhkannya dari api neraka, ringankan seksa kuburnya, lapangkan kuburnya, terangkan kuburnya, tempatkannya bersama-sama orang yang soleh. Panjatkanlah pahala amalan ku kepadanya. Amin ya rabbal al amin.”

ps birthday aku 5th May dan Arwah 7th May, Now aku sorang je lah.


Kalau nak dikira tarikh hari ini genaplah sebulan teman rapatku Allahyarhamah Najat Nadya telah pulang ke Rahmatullah. Masya Allah, tak tahu macam mana rindunya kami kawan-kawan kami kepadanya, namun Allah lebih menyayangi dirinya.

Aku bari-baru ini ada menyampaikan pemergiannya kepada ahli-ahli http://www.gen-2.net di mana arwah pun turut menjadi ahli, beristigfar panjang mereka apabila mengetahuinya. Mereka pun perasan arwah seperti tahu dia akan meninggalkan kawan-kawan apabila arwah mula menjauhkan diri dan juga mengasingkan dirinya dari orang lain semenjak dua sebelum pemergiannya.

Minggu lepas aku berkampung di HKL jadi seminggu aku tak masuk pejabat, Hari ini hari pertama aku masuk bertugas dan dalam aku membersihkan folder-folder external drive aku terjumpa satu kiriman video arwah pernah hantarkan pada aku. Ni ha dianya…

Video ni arwah buat sendiri menggunakan windows movie maker aku rasa. Ada la cerita sedikit tentang perkenalan kami. Di akhir video itu ada grafik sebuah novel yang arwah minta aku buatkan tentang kisah hidupnya. Tak sempat aku tunaikan permintaannya itu dan itulah paling aku ralat sekali.

Apa-apa pun aku doakan sempena 30 hari pemergiannya ini semoga rohnya tenang di sana dan semoga dia ditempatkan disisi orang-orang yang soleh. Amin

Kat bawah ni pula merupakan SMS terakhir arwah pada aku bertarikh 7 April 2010. Salah satu gambar arwah dah bagi hint yang dia akan tinggalkan kita semua di mana dia menjawab, “Ok i will. I do hav so much to tell bt time is limited. Wait wen im back. C ya.”

Orang tua-tua cakap 45 hari sebelum kita dijemput pulang, kita dulu akan tahu cuma kita tak boleh cakap ke sesapa sahaja.


Sunyi rasanya kini setelah ku tahu dirinya tiada lagi di dunia ini. Untuk membuat hatiku ini lebih meruntun ialah aku tak sempat menghabiskan cerpen Aku, Kau, Dia dalam blog ini kerana ianya ditujukan kepadanya.

Makin hari aku makin merindui teman karibku itu. Mungkin rasa bersalah kerana tidak mengetahui arwah sakit tenat malah dimasukkan ke hospital juga turut menambahkan lagi gundah gulana aku.

Hadiah pemberiannya sempena ulang tahunku yang lalu masih baik ku simpan.

Arwah tahu aku sukakan batu Tiger’s Eyes maka dia bersusah payah mencarinya untuk dibuat gelang. Ada 4 warna cantik dipilihnya. Aku membayangkan arwah membuatkan sendiri gelangku itu tengah-tengah malam dengan perasaan penuh kasih sayang dan ikhlas dan apabila siap jenuh mencari bekasnya pula. Ketika itu arwah menetap di Taiping maka gelang aku itu diposkan dari Taiping ke Petaling Jaya.

Kerana usahanya itu maka aku berasa sayang memakainya dan juga kerana ianya terlalu cantik, sayang pula kalau ia putus.

Namun arwah ada menegur aku yang dia berasa bangga dan terharu apabila terlihat gambar aku dalam akhbar Kosmo dan gelang pemberiannya itu aku pakai.

Teman rapatku, masih aku terasa kasih sayangmu, sikap ambil beratmu dan juga kemesraan mu. Aku mendoakan kau tenang di sana. Kenangan kita bersama akan aku abadikan dalam diri….

Posted with WordPress for BlackBerry.


Tatkala aku mencoretkan nukilan ini, aku masihlagi terkejut dan juga tidak mempercayai yang aku telah kehilangan seorang teman, seorang kakak, seorang sahabat. Dan paling aku ralat sekali, aku pernah berjanji dengannya yang aku akan senantiasa berada di belakangnya dalam apa jua keaadaan sekali pun. Namun itu semua hanya tinggal janji.

Kesibukan tugasan membuatkan kami jarang berhubung semenjak dua bulan ini. Malah semenjak awal tahun lagi kami jarang berkomunikasi kerana dia berpindah rumah dan rumah baru tiada sambungan internet dan sebagainya. Namun jika ada masa kami akan menggunakan Yahoo Messenger apabila dia di pejabat.

Arwah ada memberitahu aku dia kerap sakit belakang dan kepala. Aku ada jugak menasihatinya untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Namun aku tak tahula jika dia ada berbuat demikian atau tidak.

Yang pasti, setiap kali kami video call, aku lihat dia makin cengkung sedangkan dia cakap dia sihat. Aku cakap aku risau tengok keadaannya akan tetapi dia berkeras dia ok dan tak apa-apa. Mungkin dia tak mahu merisaukan aku. Selama dua hari ini aku merasakan kehilangan. Aku seperti tiada arah. Kapal kehilangan nakhoda. Begini rentetetan perkenalan kami:-

Sekitar dua tahun lebih yang lalu, aku di rumah mamaku di USJ18 sedang bermain Facebook. Ada aplikasi “Are You Interested”. Dan sepanjang aku main aplikasi tu, tak pernah ada orang add atau tegur aku namun pada malam itu arwah poke aku dalam aplikasi tu. Aku poke balik dan dari situlah bermulanya perkenalan kami.

Sepanjang perkenalan kami, arwah banyak menceritakan kepada aku keperitan dan juga derita dialaminya dari mula dia mengenal dunia hingga ke masalah rumahtangganya. Semuanua aku simpan. Dia ibu tunggal dan membesarkan tiga anak-anaknya sendirian. Dari Taiping dia menetap di Shah Alam selepas penceraiannya. Hanya ibunya sahaja menetap di kampung.

Aku inat lagi kata-kata arwah,” Norman, you are a good man. You have the qualities of a man I dream of. All these while I harbor deep feelings for you and I know you know that. But you never take advantage of it.You milik orang dan I taknak rampas you dari dia. I pun pernah menjadi isteri jadi I tahu apa rasanya. Tapi I nak you janji dengan I yang apa-apa pun berlaku, you will be there for me, you will be one step behind me in case if I fall…”

Dan aku berjanji dengannya…

Kami begitu akrab seperti pasangan kekasih walaupun kami sebenarnya tidak. Perkenalan yang singkat ini banyak mengajarku akan tentang persahabatan sejati…

Arwah juga ada pernah berkata,” I akan sayang you sampai mati…”

Dan benarlah kata-katanya itu…

Kali terakhir aku bercakap dengannya adalah pada 7 Mei 2010, dua hari selepas ulangtahun aku ke-35. Dia beria-ia meminta maf kerana terlupa ucapkan selamat ulangtahun kepada aku,” Yang, I am so so so sorry, I lupa nak wish you Happy birthday. Nanti bila senang I belanja you makan ok? I janji…”

Dan terkuburlah janjinya itu dengan pemergiannya…sahabtku tersayang, aku halalkan janjimu itu.

Najat Niky Nadya Fadin, lahir pada 27 September 1974, kembali ke rahmatullah pada 28 Mei 2010.

Ya ALLAH ya tuhan kami, KAU ampunkanlah segala dosa-dosa arwah baik kecil mahupun besar. Kau peliharalah rohnya dan tempatkannya bersama-sama orang-orang yang soleh. KAU perluaskan dan terangkan kuburnya. Kau lepaskannya dari seksa kubur. KAU sampaikanlan sedekah AL FATIHAH kami kepadanya….

Petikan dari lagu I Will Be Missing You – P Diddy

Every step I take, every move I make
Every single day, every time I pray
I’ll be missing you
Thinkin of the day, when you went away
What a life to take, what a bond to break
I’ll be missing you

It’s kinda hard with you not around (yeah)
Know you in heaven smilin down (eheh)
Watchin us while we pray for you
Every day we pray for you
Til the day we meet again
In my heart is where I’ll keep you friend
Memories give me the strength I need (uh-huh) to proceed
Strength I need to believe
My thoughts Big I just can’t define (can’t define)
Wish I could turn back the hands of time
Us in the six, shop for new clothes and kicks
You and me taking flicks
Makin hits, stages they receive you on
Still can’t believe you’re gone (can’t believe you’re gone)
Give anything to hear half your breath (half your breath)
I know you still living you’re life, after death

Najat aka D’Sweet aka Puteri Lilin aka Niky Nadya….tunggu kami di pintu Syurga

Cinta di dunia hanya sementara
Cinta kepadanya untuk selamanya

Sekukuh, sekukuh mana ikrar kasih kita
Setebal mana masih ada sempadannya
Akan tiba nanti…harus ditempuhi
Apa daya kita melawan masa

Takdirnya, takdirnya dunia hanya sementara
Walau begitu cinta suci tuk selamanya
Ini realiti hilang tak berganti
Namun aku tahu kau dan aku akhirnya kembali bersatu

Andaikan ku pergi sebelum mu
Kenangkan daku selalu di dalam doa mu
Kaulah cinta pertama dan terakhir untukku
Ku berjanji kan menantimu
Setia menunggu di pintu syurga

Di sana, di sana menanti gemilang cinta
Jadi lenyapkanlah titisan airmata
Tabahkanlah hati, mengharungi hari
Abadikanlah saat indah kita kan tetap bersama

Sahabatku dalam kenangan….damailah kau di sana

Aku & H1N1 part 2

Posted: August 8, 2009 in family
Tags: , , ,

Masuk hari ini dah empat hari aku dalam kuarantin. Kuarantin2 pun aku kena juga makan kan? Pagi tadi kami sekeluarga cam angkasawan turun ke bawah beli breakfast. Agaknya kerana masih demam Ferhad tak lalu sangat menjamah roti canainya padahal dia yang beria-ia nak makan. Actually dia nak keluar sebab bosan terperap kat rumah agaknya.

Aku call mama tadi dan keadaan dia semakin sihat cuma sesekali aku dengar dia terbatuk kecil. Aku dari hari Khamis dok Google pasal H1N1 ni dan ada tak cara alternatif. Sorang kawan aku yang dikenali sebagai mamakorang dalam Mangga Online ada suggest makan daun hempedu bumi. Aku cuba carik pasal kegunaannya untuk selsema myvi ni namun tak jumpa. Apa-apa pun esok daun hempedu bumi ni akan tiba dari Rawang. Makcik wife aku kebetulan ada tanam sebab dia ada kencing manis dan darah tinggi. Tengoklah macam mana nanti.

Aku akan updatekan keadaan aku dari semasa ke semasa. Ni baru lepas makan ubat jadi agak mengantuk, nak tidur kejap. Aku ada informasi pasal selsema myvi ni sket:-

Dari emel aku…

High risk infection to person yg smooking, has atshma, children, pregnant woman

Beginner stage

Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat…

Second Stage

Susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena…masa ni kena kuarantin…at hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena.. hospital tak cukup katil & bilik kuarantin…Bila u pengsan macam nak mati baru dia org admitted.macam kes adik I.

Critical

Lung infection. Bila X ray we can see the virus covered the lung. Like my brother case. Very scary bila tengok x ray tu. At this stage u need oksigen with highest level, Strongest antivral..very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, imune badan u. That’s why kalau baby atau budak2 susah nak kata…normally die. My brother hari ni genap 8 hari..still need oksigen. Kesian dia. Masa tahap critical tu tercungap2 dia bernafas, sampai menangis..Sampai satu tahap dia berguling atas simen sbb dah tak tahan…sampai dia give up ..sampai dia blh cakap lebih baik Allah ambik nyawa dia…Itu lelaki tu..imagine kalau pompuan atau budak2. We all cuma blh tengok dia dari cermin…tak blh masuk dlm bilik kuarantin…Dr & nurse aje boleh masuh…siap pakai baju plastik. To support him, what we did bagi sms, bagi dia alquran biar dia baca so that dia tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah & bagi Air yasin…Alhamdulillah pastu dia ok sikit.Ada hikmahnya…All the family member unite to support my brother fighting the virus.

Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua depend hospital kerajaan yg most of the doctors still young . The oldest dr in my brother ward was 28 years. All the Otai dah pergi private. Lepas tu plak this is the first time to treat H1N1 patient. At the same time dr bz with other case as well…1 doktor 5 patient…kat gov hospital…kesian dr2 tu…berhempas pulas nak selamatkan patient. I appreciate them, mmg very appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali..So far hospital Ampang is the best goverment hospital yg i jumpa..very efficient.Very quick action ..Even senior dia org dah pergi private & they don’t have much experience , dia org tetap work hard give the best treatment to the patients..sampai tak balik rumah…tidor kat hospital.