Archive for the ‘life’ Category


Pada satu ketika, kami sekeluarga ada restoran semi-fine dining di Alpha Angle Wangsa Maju. Salah seorang hostess kami di sana aku ingat nama dia Haslinda. Linda ni nama manja la gitu. Kalau tak silap asal Melaka. Dok di Wangsa Maju dengan kawan-kawan.

Masa tu aku Assistant Restaurant Manager, tapi salah seorang company director. So nak jadi cerita masa tu aku sedang dikenen kenen dengan pastry cook ni nama Balqish. Nama betul dia Nurhasnida tak silap aku dok kat area Gombak.

Dalam aku dok berkenalan dan kira nak mengenali diri la si Balqish ni, rupanya ada yang tersirat lain. Dia tau si Linda pun minat ke aku. So macam drama slot Akasia TV3 jam 7 malam la rupanya mereka berlumba lumba nak menang hati anak pemilik restoran. Mama pula dulu personaliti TV. Maka riuh lah satu Alpha Angle adik operator gerai Wantan foodcourt Alpha Angle bercinta dengan anak pemilik restoran Melayu kat situ.

Patutlah masa kami couple, si Linda ni terus berhenti. Dia kata ada offer bagus. Aku suka cara dia kerja. Bagus. Sebab tu aku sayang nak lepaskan dia. Aku sampai je dia buatkan aku kopi dan hantar ke office aku. Nak balik dia inform aku. Mana la aku nak tau dia suka aku. Masa tu pulak aku masih biker kental so cintan cintun ni macam tak releven.

Jodoh aku dan Balqis tak lama. Entah macam mana beberapa bulan lepas kami putus, mama pun pindah lokasi restoran. Kontrak sewa rumah aku ada beberapa bulan lagi so aku stay aje kat sana dulu sementara kami buka kedai baru di belakang Imperial Sheraton KL.

Nak jadi cerita satu malam tu aku lapar. Nak makan apa tak tahu. Nak ke foodcourt si Balqish pulak ada sana so aku pusing tingkat satu. Ada Secret Recipe. Ahhh makan kek je lah aku ingat.

Masa nak pesan tu aku baru perasan rupanya si Linda yang sedang ambil pesanan aku. Aku pun tanya bila dia habis kerja saja ajak borak. Dia habis pukul 10 katanya. So malam tu pukul 10 aku jemput dia balik bawak pusing KL naik motor.

Dan malam tu banyak yang kami sembangkan. Aku teringat balik dulu masa dia resign dia kata better offer. Takkan Secret Recipe bagi gaji lagi tinggi dari aku bayar dia. Maka keluarlah cerita sebenarnya. Dia cakap la dia sebenarnya dari hari pertama aku temuduga dia, dia suka kat aku. Dia pun cakap kesian En Norman kena potong rambut. Saya suka tengok En Norman rambut panjang. Aik? Aku kena ayat ke ni? So oklah. Kami borak sampai pukul 3 pagi dan aku hantar dia balik. Rupanya dia tinggal selang beberapa blok je dari aku.

Bermula dari situ kami sering berjumpa. Dia selalu ke blok aku dengan gitar kapuk dia. Orangnya nak kata lawa, sederhana aje. Cukup lawa pada aku sudah. Tapi dia pandai main gitar. Kebetulan kami berdua minat Ella. Jadi bila dia datang blok aku dia akan main gitar. Ada la makcik makcik pernah sound aku tak elok la dating kat situ. Aku tanya habis nak bawak masuk rumah ke?

Kat bawah tu terang, selalu ada budak-budak lepak bukan aku dan Linda je so pada aku tak jadi masalah la. Layar Impian adalah lagu dia suka mainkan untuk aku setiap malam.

Last aku keluar dengan Linda adalah malam Tahun Baru 2000. Masa tu sibuk pasal Y2K lah. Aku dan Linda serta housemate aku si mat salleh sorang ni dan awek dia pergi Concorde KLIA sambut New Year kat sana dan kebetulan Chris ni member dia perform kat Lounge Concorde KLIA.

Lepas aku hantar Linda pulang pagi tu, itulah kali terakhir kami berjumpa. Ke mana dia pergi aku pon tak tahu. Puas aku cari sampai hari ni nak jumpa dia. Nak cakap terima kasih kat dia. Dia banyak ajar aku tentang persahabatan. Tentang cinta tak terbalas. Tentang perasaan. Aku tak sempat. Dah masuk 14 tahun aku cari. Kadang-kadang dengan sengaja aku ke Alpha Angle pada satu ketika dulu mana tau kalau terserempak.

Haslinda, kalau awak baca ni, saya nak jumpa awak sebelum saya dijemput pulang.

Selamat Tinggal Sayang

Posted: October 16, 2014 in lesson, life, love, Novel, time, Work, writing
Tags: , ,

Jam menunjukkan 3 pagi. Mata tak dapat dilelapkan kerana kata-kata doktor masih terngiang di telinga.

“You have a heart condition. Amat jarang berlaku. Ada masanya kamu akan rasa berdebar tak tentu pasal. Ada masanya your heart will skip a beat. Ianya dikenali sebagai heart arrhythmia. Awak kalau memandu, jangan stress sebab awak boleh kena serangan jantung dan pitam. Awak kena jaga tahap stress awak seharian. Cardiac arrest can happen anytime even when you are sleeping.”

Toleh ke sebelah katil, kosong. Bingkas bangun untuk minum air. Jenguk bilik anak-anak, kosong. Jantung berdebar. Kawal nafas, kawal emosi.

Duduk di sofa dalam kepekatan malam. Bunyi katak bersahutan sahutan kerana hujan baru sahaja berlalu pergi. Masuk bilik anak-anak. Capai selimut mereka. Balik ke kamar sendiri. Selimut anak-anak dihamparkan ke atas katil. Bantal golek dibungkus selimut anak-anak. bantal golek dipeluk dibayangkan anak-anak.

Otak terfikir, “Kalau malam ni Allah jemput aku pulang, bagaimanakah nanti keadaaan anak-anak aku? Adakah mereka akan membesar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah? Adakah mereka akan menjaga mak mereka sehingga ke hembusan akhir mak mereka? Adakah mereka akan mengingati aku dalam doa mereka selalu? Adakah mereka akan marahkan aku kerana merahsiakan semua ini dari mereka?”

Jantung berdebar balik. Kawal nafas, kawal emosi.

Bangun balik. Pastikan tak bangun mendadak takut darah turun ke dari kepala cepat sangat. Berjalan ke kamar mandi. Mandi, ambil wudhu dan pakai baju kerja.

Solat hajat. Duduk termangu atas sejadah. Fikir sejenak. Perasaan menjadi kosong tiba-tiba. Angin sejuk awal pagi menghembus dan kedengaran azan Subuh. Solat fardhu Subuh. Capai beg komputer riba turun ke kereta.

Hidupkan enjin. Semuanya berlaku seperti dikawal dari jauh. Dalam diri terasa kosong. Masuk gear dan mulakan perjalanan. Kaki menekan pedal minyak dan tangan mengawal stereng. Semuanya seperti tahu apa perlu dilakukan. Rasa seperti roh dah takde dalam jasad tapi masih bernyawa.

Entah mana-mana pusing tau tau dah sampai pejabat. Tengok jam, 6.15 pagi. Pejabat masih berkunci. Baringkan kerusi kereta, lelapkan mata.

Tau-tau dengar bunyi siren ambulan. Terasa dicucuk sana sini. Bunyi seakan bergema. Cuba bukakan mata. Berat. Hanyut kembali.

Terasa seperti terkena renjatan elektrik satu badan. Sakit. Dengar bunyi riuh macam di pasar borong KL. Tekak terasa seperti ada hos getah siram pokok dimasukkan. Hanyut kembali.

Mata dibuka, isteri tertidur di luar berbantalkan cermin. Nak panggil, suara tak keluar. Tangan cuba diangkat hendak panggil, terasa berat. Pelbagai hos dan wayar berselirat atas dada, di kepala dan tangan. Terasa macam dalam filem RoboCop. Perhatikan isteri, air mata bergenang. Dalam hati berkata, “Sayang, saya maafkan awak.”

Kemudian semuanya gelap kembali…


I support Gaza

Tenggelam isu rasis timbul isu boikot. Pendapat aku isu boikot adalah hak peribadi. So far aku tak nampak lagi pihak memboikot troll pihak tidak memboikot. Ada nampak aku acu pistol kepada yang tak memboikot? Ada nampak aku ludah sesapa tak boikot?

Fahami dan mengerti apa itu boikot terlebihdahulu. Namun aku kesal dengan posting yang tidak menyokong boikot ini. No one is asking you to tag along. It is your own choice and free will. Aku buat ni supaya di Padang Mahsyar nanti aku tidak disoal atau dituntut dan ianya antara aku dan Allah.

Takde kena mengena dengan orang lain. Kalau aku tak nak beli burger di McDonald, atau berus gigi menggunakan Colgate mahupun makan dan minum Coke serta produk Nestle, maka itupilihan aku. Kalau kau tak suka sesuatu benda dan aku kata kau bodoh sebab tak menyukainya adil tak? It is a matter of preference.

Dan kepada posting kenapa aku sokong Bebaskan Gaza manakala kita di Malaysia ni banyak lagi memerlukan. Well hello, kat Malaysia ni wanita dan kanak-kanak disembelih macam haiwan ke? Mereka kena bom ke hari-hari? Adakah peluru menjadi makanan mereka setiap hari? Setiap hari kita dengar ke kanak-kanak putus anggota badan? Kanak-kanak ditanam dan dijadikan target practice?

Baik fikir dan dalami maksud kemanusiaan dahulu sebelum komen. Semua ni aku buat sebab pilihan aku dan aku tak paksa sesiapa pon ikut aku. Ini Jihad aku. Nak ikut, maka ikut. Tak nak dok dendiam. Tak suka post aku yang ni? Sila unfriend aku. Aku tak rugi apa pun.

Free Gaza


Aku terbaca entri blog ni dan aku Copy Paste. Seronok pula bila baca. Peringatan dan teguran ini adalah buat aku. Tapi aku agak terpesona dengan nombor 1, 4 dan 8 tu. Ramai aku jumpa sepanjang hayat aku.

Berkawan Biarlah Ikhlas & Jujur

Semua orang mempunyai kawan. Tapi tahu tak ramai diantara kawan kita itu ada perangai yang berlainan dan perwatakan yang berlainan. Ada juga yang saja nak tumpang populariti seseorang itu dan ada juga ikhlas untuk berkawan dengan seseorang itu. Kebanyakkan orang zaman sekarang suka memilih bulu dalam berkawan. Bukan fantasi tapi realiti..

friendship-grey-childrenDi bawah ini pula adalah ciri-ciri kawanyang perlu dijauhi:

1. Kawan yang lupa diri
Spesis ini macam kacang lupakan kulit kerana kawan macam ini memang langsung tak boleh dibuat kawan. Masa mereka susah, cepat-cepat mereka cari kita tapi bila mereka sudah senang, mereka lupakan kita dan tak nak pandang pun kat kita.

2. Kawan yang berlagak
Bajet mereka sempurna dan mereka lupa apa yang mereka ada itu semua pinjaman dari Allah. Mereka juga merendah-rendahkan kredebiliti kita.

3. Kawan yang makan kawan.
Kawan macam ini sanggup buat apa sahaja dengan apa cara sekalipun sehingga sanggup memusnahkan hidup kawannya sendiri demi mencapai kesenangan hidup. Mereka hanya pentingkan diri mereka sahaja tanpa memperdulikan kita.

4. Kawan yang hipokrit
Kawan ini spesis yang hipokrit. Mereka menjaja sifat buruk kita dibelakang kita kepada orang lain tapi bila depan kita buat-buat macam menyebelahi dan baik sangat dengan kita di depan orang lain.

5. Kawan yang penuh sifat dengki dan iri hati
Kawan macam ini tak boleh tengok kita duduk senang-lenang. Asal kita senang saja, mula la mereka hidup tak tentu arah dan hati mereka resah gelisah. Lepas itu, mulalah mereka mengatur strategi untuk menjatuhkan hidup kita. Bila kita sudah susah, barulah mereka rasa puas hati.

6. Kawan yang suka menipu
Kawan yang tak pernah cakap betul dengan kita. Bila kita tanya mengapa mereka buat begini, mereka cakap lain untuk melepaskan diri mereka sendiri. Mereka hanya pikirkan perasaan mereka tanpa pikirkan perasaan kita sedikitpun.

7. Kawan yang kedekut
Kawan macam ini susah kalau kita nak minta tolong. Barang kita semuanya mereka ambil tanpa minta izin pun tapi bila kita ambil barang mereka tanpa minta izin, mula mata menjeling-jeling, pastu heboh kat semua orang.

8.Kawan yang suka mempergunakan kawan
Kawan macam ni lagi la tak guna. Dia akan menggunakan apa sahaja yang ada pada kawannya seperti populariti, pengaruh, kebaikan, harta dan wang ringgit demi kepentingannya sendiri. Mulutnya sentiasa manis menjanjikan yang manis-manis belaka. Namun apabila mendapat apa diingini maka janji tinggal janji dan kawannya ibarat habis madu sepah dibuang. Dia akan mencari kawan baru.

Bersawang

Posted: April 16, 2013 in baby, family, kids, life, love
Tags: , , , , ,

Pehhh bapak lama rasanya aku tak update kat sini. Kerja makin bertambah tambah. Masa yang aku ada hanya untuk tidur aje.

Alhamdulillah, sejak aku diperkenalkan kepada vaping, aku tidak lagi menyenyuh rokok. Malah bau rokok pon aku dah pening sekarang. Kepada mereka yang dulunya kerap menegur aku busuklah bau rokok ni, aku minta maaf. Aku sendiri pon tak boleh bau orang yang baru lepas merokok ni.

Dulu vaping ni konon nak berhenti merokok lah. Guna pon eGo VV aje. Habis kuat upgrade tank ke Vivi Nova. Namun sekarang aku dah jauh upgrade. Cakap aje mod apa tank apa kalau aku tak pernah pakai aku pernah rasa.

Yang best, duit gaji aku tak terusik pon main benda-benda ni. Nak tau camner? Mana boleh kongsi kat sini kalau nak meh lepak dengan aku masa Vapemeet. Aku akan ceritakan. Kalau tidak masakan aku boleh merasa mod-mod dewataraya macam Orion, GGTS, Reo, Poldiac, JM22, Chi You, Caravela dan sebagainya.

Oklah, itu pasal vaping. Ni pasal ahli keluarga baru pulak. Dalam sibuk kerja dan vaping ni, aku sepatutnya timang cahaya mata kelima aku bulan lima ni namun apakan daya dia ikut jejak abang Ar’Rayaan dia, dia nak keluar awal. Maka selamat datang Arman Sulaiman. Sulaiman? Kenapa Sulaiman? dan kenapa abang-abang dan kakaknya ada Wan dia tidak?

Aku namakan dia Sulaiman ada sebab. Sebab pertama, masa dia dilahirkan, dia tidak cukup bulan. Baru 31 minggu dia dah dilahirkan. Malah paru-parunya juga masih belum kuat sepenuhnya. Dia keluar awal kerana uri mamanya dah pecah. Doktor kata nasib baik dia lahir awal kalau tidak, wallahualam.

Jadi pada 14 Mac 2013 Arman Sulaiman dilahirkan jam 5.59 pagi. Yang best tu semalaman aku tunggu. Time aku balik rumah nak mandi time tulah dia nak keluar. So pendeekan cerita, aku ke hospital semula. Wife dah masuk wad biasa namun baby tiada di sisinya. Aku tanya mana anak, dia jawab kat dalam NICU (Neo-natal Intensive Care Unit). Aku jadi hairan kenapa NICU sebab dulu masa Rashidi tak cukup bulan pon tak kena tahan di NICU.

Petang sikit bila wife dah kuat sikit dia ajak aku tengok baby. Ya ALLAH nak gugur jantung aku masuk dalam tu. Aku tengok baby yang kat dalam tu pelbagai wayar dan tiub berselirat atas mereka. Mereka semua diletakkan dalam balang inkubator. Wife suruh cuci tangan dan guna hand sanitizer. Aku tidak boleh bawak baby keluar dari balang kaca itu maka aku azankan dari lubang untuk masukkan tangan ke telinga baby aku. Dalam aku azankan dia, tiba-tiba tangannya yang terbuka menggenggam jari telunjuk aku. Digenggam dan dilepas seolah-olah memberitahuku jangan risau. Aku jadi sebak. Azanku terhenti sekejap. Aku habiskan azan..

Beberapa hari selepas itu dia nampak makin sihat dan dibukakan tiub oksigen dan tiub susu (yang dimasukkan menerusi mulut hingga ke perut) serta tiub IV. Dia juga dikeluarkan dari dalam balang inkubator. Aku boleh azan dan qamat padanya dengan lebih sempurna kali ni. Keciknya anak aku ni. Tak besar dari kotak tisu. Aku tunaikan tugasku sebagai ayahnya. Esok harinya aku dapat call dari wife mengatakan keadaan baby lemah sangat. Doktor kata 50/50 dah ni. Aku terus ke hospital dan aku lihat semua tiub dipasanga semula dan dia kelihatan lemah. Aku cuit dia namun respons amat mengecewakan. Hampir sejam aku berdiri di luar balang kacanya sambil bercakap dengannya. Aku usap tangannya, kakinya dan ubunnya.

Wife pula yang sepatutnya dah boleh pulang dimasukkan ke wad K5, wad khusus untuk ibu-ibu yang baby mereka ditahan. Ianya juga dikenali sebagai lodging ward. Tak perlu bayar apa-apa pun. Bagus sekarang HKL ni.

Di wad K5 aku lihat wife sugul matanya ku lihat bengkak. Aku tau dia susah hati. Lagila aku sebak. Aku tahan. Nurse menyerahkan kepadaku segala dokumen untuk aku daftarkan kelahiran anak aku yang masih belum bernama ini. Aku perlu pulang. Aku tak tahan sedih tengok wife aku keadaan macam tu. Wife kata dia nak tunggu baby. Nak pam susu katanya. Aku tau itu alasan dia nak dekat dengan baby kerana di K5 dah ada segala pam susu, tak perlu ke NICU.

Dalam lif aku peluk dia sambil memujuknya supaya bersabar. Kita perbanyakkan doa. Pehh sedih aku siot. Darah daging sendiri tu kot. Aku masuk ke dalam kereta keadaan sudah mendung. Hati aku pon mendung sama. Tapi aku terlebih dahulu hujan sebelum keadaan kat luar turut hujan. Mau tak hujan, aku tengok keadaan anak aku macam tu. Lepas tu tengok wife sedih susah hati. Di rumah yang kecik dua orang demam nak kan mamanya. Yang dua besar pon sedih bila adik baru tak boleh balik lagi.

Jadi aku pulang aku nekad nak berikan nama baby baru aku ni nama Nabi. Aku tanyakan si kakak dan abang bagi senarai kat baba nama-nama Nabi yang mereka suka. Aku pun dapatlah sebarai tu. Antaranya Muhammad, Ismail (nama arwah papaku), Adam, Ayub, Zakaria dan Ibrahim.

Entah macam mana adik perempuan aku yang suggest Sulaiman dan aku macam suka pulak. Terus aku namakan Sulaiman.

Esoknya di JPN aku namakan dia Wan Arman Sulaiman namun hampa apabila diberitahu sejak 2012 undang-undang hanya membenarkan Wan Nik dan sebagainya jika bapanya juga Wan Nik dan sebagainya.

Maka Arman Sulaiman lah namanya. Nanti sambung balik,,,,banyak pulak keje ni…hadoiiii


There is a reason why you have a lot of LOYAL friends, you get information

“When a woman refuses to love, and offers you friendship, do not take it for granted? What if she suddenly severe the friendship? How do we define that? She removes you from all her social networks, contact lists and also emails. To make it worse, she stalks yours but blocks you from hers! How do define this type of woman? A hoe? A whore? Or a tramp? You decide!” – Anonymous.

I came across that quote from a blog that belongs to someone I don’t know. But in that blog, it is filled with quotes, words of wisdom and also inspiring quotes. I felt compelled to share that particular quote as I felt the author of the quote felt what I did when this friend of mine decided to do just what the quote did.

I may not be popular on Twitter (yes, it’s true!!!) but some of my followers on Twitter do follow this same person. Best part, I blog about her and suddenly she tweets about I said in the blog. And I can bet that after this post it will be tweeted as well.

There is only one and ONE question only; why the fu*k haven’t you moved on?

I mean, move on in life. Stop all the stalking and commenting. Why block me? So that you don’t look desperate and shallow minded? I have apologised for any actions that may have hurt you in anyway but you mock my apologies with the cynical tweet. I was sincere when I said I was sorry and yes lets be friends but there go deleting me here and there telling the world how relieved you are and so on and so forth.

If you think that only you can tweet what you feel, newsflash sister as I can also blog what I feel. Its fair in love and war. Probably not so in wars. But if you can do it so can I. The only thing is I have a trump card and you don’t (who is on the losing end now?)

You stop all the bickering about me and I shall stop too. But should the stalking and bickering persist well you leave me no choice but to use the trump card (just in case you thought it is related to Donald Trump, it is not at all). And don’t blame me if the world gets to see who you really are.

And remember this one advice: Jangan jilat balik ludah.

Keluh Suami Isteri

Posted: October 17, 2012 in jokes, life
Tags: , , , ,

Romantisnya

Baru kahwin je selalunya macam ni kan?

Keluhan seorang SUAMI:

Subuh, mandi nak pergi kerja.

Pagi, naik kereta pergi kerja.

Tengahari, malas nak sambung kerja.

Petang, balik kerja.

Maghrib, cari kerja.

Malam, tanya bini bole kerja.

Bangun pagi, penat malam tadi kerja.

Tak sudah-sudah dengan kerja.....

Keluhan seorang ISTERI:Subuh basuh kain. Pagi sidai kain. Tengahari angkat kain. Petang lipat kain. Maghrib susun kain. Malam BUKA KAIN. Bangun pagi, tertukar kain. Tak sudah-sudah dengan kain......
Baru kahwin macam ni lah

Sedar tak sedar, Ramadhan menjengah kembali. Hari ini genap 4 hari umat Islam menunaikan ibadah puasa di bulan pwnuh keberkatan ini. Namun, pelbagai dugaan mengundang buat insan-insan yang ku kenal. Pertama sekali sahabatku Putra Hassanin dan Putra Hassuna telah kehilangan ayahanda tercinta pada 3 Ramadhan iaitu semalam. Arwah uncle Mohsin dijemput pulang ke rahmatullah jam 6:10 pagi. Tatkala umat Islam lainnya baru selesai bersahur dan menunaikan solat subuh, sahabatku dilanda kesedihan. Ironi ya, 2 tahun sudah, papa dijemput Ilahi pada 27 Ramadhan iaitu tiga hari sebelum Syawal dan selepas berbuka. Arwah uncle Mosin pula pada 3 Ramadhan iaitu 27 hari sebelum Syawal selepas bersahur.

Apa-apa pon aku sekeluarga mendoakan semoga kedua-dua bapa kami ditempatkan di sisi mereka yang soleh.

Dugaan kedua pula pada diri aku. Aku mengenali insan ni dari sama-sama bekerja di sebuah agensi pelancongan di Petaling Jaya. Kami boleh dikatakan rapatlah kerana apa-apa pon kami bak 3 serangkai. Lebih unik, kami berkongsi tarikh lahir yang sama.

Kalau nak dikira kami sudah mengenali diri masing-masing kira-kira lebih enam tahun lah. Kami memang rapat. Beberapa bulan lepas adalah sedikit salah faham di mana dia ingat aku marahkan dia dan aku ingat dia marahkan aku. Kadi kami terputus la hubungan. Malah pada ulangtahun kami pon tidak saling berhubung. Aku ada menghantar pesanan kepadanya sebelum Ramadhan namun tak berjawab. Lantas aku periksa yang rupa-rupanya dia sudahpun memadamkan aku dalam facebook dan twitter miliknya.

Pada aku, aku tak kisah pun. Kalau inilah dia harga persahabatan darinya, aku terima. Cuma pesan aku kepadanya, what comes goes around comes around. Nanti bila kena batang hidung sendiri barulah kamu tahu siapakah yang sebelum ini setapak di belakangmu dan kau sisihkannya.

Wahai teman, halalkanlah termakan terminum aku. Maafkan aku jika aku ada buat salah terhadapmu. Aku mendoakan agar kamu bahagia selalu.


Pagi Ahadku yang lalu dikejutkan dengan panggilan dari teman “callman” aku Wan atau kodnya 55.Katanya, “47 (kod aku), ko dah bangun ke?”

“Kenapa ni Wan?” tanyaku sambil menggosok mata. Ku lihat jam 830 pagi,

“Kau datang ke wad kecemasan sekarang. Doktor kata Ajis dah 50-50!”

Terkesima aku sekejap. “Ok ok aku siap sekarang”

Kat luar isteri aku sedang menyiapkan sarapan. Kebetulan tengahari nanti mak mertua aku  akan menganjurkan majlis sambutan hari lahir puteriku yang ke lapan yang jatuh pada 10 April lalu. Terkejut wife aku tengok aku terus melompat masuk bilik mandi.

“Yang, lepas breakfast kita pergi hospital kejap. Kawan I tengah nazak.” kataku kepadanya sambil berjalan ke kamar mandi. Sambil aku mandi aku mendengar si mama menyuruh anak-anaknya makan cepat dan siap nak ke rumah nenek mereka.

Apabila dah setel, aku menghantar budak-budak ke rumah mak mertua. Dalam hati ini tertanya-tanya akan keadaan sahabat aku.

Apa yang berlaku?

Apa puncanya?

Terukkah keadaanya?

Adakah dia akan selamat?

Sedar-sedar kami dah sampai ke HKL. Aku terus ke Wad Kecemasan. Di sana aku lihat beberapa rakan Callman aku sudah sedia menanti dengan sabar. Ada yang muka macam belum tidur, ada yang bercakap dalam telefon dan ada juga yang sedang update rakan-rakan lain menerusi walkie-talkie.

Aku jumpa si Donat 32 dan Wan 55. Mereka memberitahu aku yang si Ajis kini berada dalam wad Zon Kritikal yang bersebelahan dengan Wad Kecemasan. Aku dan isteri masuk ke dalam. Tergamam aku melihat keadaan Ajis atau nama sebenarnya Mohd Razis Suhaimi (FB link https://www.facebook.com/profile.php?id=100000867520368). Umurnya baru 26. Mempunyai isteri dan dua anak kecil. Aku lihat mukanya berdarah. Dalam team kami, Ajis merupakan salah seorang pemandu trak tunda. Aku bertanyakan kepada Bonang 61 dan isterinya Ah Chin (yup dia kacukan Cina Melayu) apa yang berlaku kerana malam sebelumnya memang aku juga stand-by di KL dalam. Tapi tak lama sebab bateri set aku kong. Aku pulang sekitar jam 2 pagi.

Katanya mereka tengah stand-by di kawasan sekitar Maju Junction. Ketika itu jam 5 lebih. Mereka baru sahaja lepas minum-minum di Kampung Baru dan selalunya jam 5 pagi kaki-kaki disko yang takut kantoi minum akan lepak-lepak dulu akan mula pulang dan ketika inilah paling banyak kemalangan berlaku.

Dalam mereka asyik berborak, Ajis tiba-tiba kejang seperti orang kena sawan dan rebah tersembam. Itu yang menyebabkan mukanya berdarah kerana bibirnya luka. Malah ketika dia kejang itu, Ajis juga tergigit lidahnya menyebabkan luka. Kawan-kawan yang lain terus bertindak dengan menghantar Ajis ke HKL.

Namun, dengan segala pemeriksaan yang dijalankan, doktor tidak dapat memberitahu kami apakah punca sebenarnya. Kami cuma dapat ramalkan yang dia terkena serangan jantung kerana bacaan pada mesin ECG menunjukkan denyutannya sekitar 87 ke 94 seminit sedangkan yang normal sekitar 110 seminit.

Ajis koma dan bergantung kepada alat bantuan hayat (life support)

Malah ketika aku tiba aku sebak kerana aku lihat Ajis disambungkan ke alat sokongan hayat. Ini bermakna dia tidak dapat bernafas dengan sendiri dan kali terakhir aku melihat alat ini ialah ketika arwah nenek aku diserang strok kali ke-3 yang menjemputnya pulang ke rahmatullah.

Aku terus ke sisi Ajis. Aku berbisik di telinganya, “Ajis, ni aku 47. Aku tahu hang boleh dengaq aku (Ajis berasal dari Kedah jadi aku gunakan lingo utara). Hang kena lawan Jis, hang ada anak-anak kecik lagi. Kami kawan-kawan hang akan sentiasa ada di sini. Hang kena tabah. Hang kena kuatkan semangat”.

Selesai aku mengajarnya mengucap kalimah syahadah, aku lihat lidahnya bergerak-gerak. Malah selepas beberapa rakan-rakan lain berbisik di telinganya, kami dapat lihat air matanya bergenang. Maknanya dia dapat mendengar apa yang kami bisikkan kepadanya cuma dia sahaja tidak dapat berinteraksi.

Aku ingin menyeru kepada pembaca-pembaca semua, agar mari kita berdoa supaya insan bernama Mohd Razis Suhaimi ini cepat sembuh seperti sediakala. Itu sahaja yang mampu kita lakukan. Dan balasannya hanya ALLAH swt sahaja yang mampu tentukan. Sebagai salah seorang sahabat Ajis, aku turut bersedih dengan apa yang telah berlaku ke atas dirinya.

Kepada Ah Chin, sabarlah. Semua ini dugaan ALLAH. ALLAH akan menduga hamba-hamba yang disayangiNYA. Insya ALLAH Ajis akan selamat. Yang penting, kita sentiasa berdoa agar Ajis cepat sembuh.

Ajis ketika sihat.

Ajis ketika sihat


Kita sering dengar fenomena pelik, fenomena alam dan Fenomena album kumpulan Search. Ni aku nak cerita pasal fenomena manusia bangang.

Dalam perjalanan pulang dari kejar info ada accident (aku kan part time callman), aku singgah ke pasar malam di kawasan rumah mertua di Seri Manja Klang Lama. Mengidam yon tau foo la pulak. Ngalahkan orang mengandung. Aku pun jalan la dengan wife sambil tengok barang jualan.

Aku agak marah la jugak sebab mat mat motor dok menyelit antara pengunjung. Kalau sebiji dua tu tak la aku kisah tapi ada aje mereka ni. Aku ingat kalau nak lalu ke sebab ye lah kawasan perumahan, tapi sangkaan aku meleset sebab mereka pun membeli juga. Dah la.dengan enjin hidup, selit antara pembeli. Bukan sahaja ianya menyumbangvkepada pencemaran asap dan bunyi ianya juga membahayakan orang lain.

Tak bahaya ke kalau terlanggar orang ke atau anak kecil terpegang ekzos panas. Mereka ni bukan selfish tapi bangang. Kalau motor tu harga 14 juta nak tayang kat orang ke aku paham la keriakan dan sikap nak menunjuk-nunjuk tu. Takat kapcai je kot. Bukannya motor kau tu Rossi jual kat kau pun. Bukan bujang je yang laki bini pun ada. Masing-masing berat kerandut zakar dan kelentit nak jalan gamaknya tu membeli dari atas motor je. Weh aku ada Alphard pun tau parking la turun beli. Angin aku. Nasib baik anak aku yang dua tahun tu tak terpegang ekzos.

Aku perasan fenomena manusia bangang ni hanya di kawasan pasar malam tersebut yang mana kepadatan penduduknya melayu secara majoriti. Aku ke pasar malam kat Bangsar takde pun jumpa fenomena manusia bangang ni. Jika ada antara pembaca yang amalkan sikap macam ni, ubahlah perangai pentingkan diri dan malas tu. Takde sapa heran lat motor cabuk korang tu. Bukan Harley pon. Yang pakai Harley boleh park turun beli barang.