Archive for the ‘writing’ Category

Selamat Tinggal Sayang

Posted: October 16, 2014 in lesson, life, love, Novel, time, Work, writing
Tags: , ,

Jam menunjukkan 3 pagi. Mata tak dapat dilelapkan kerana kata-kata doktor masih terngiang di telinga.

“You have a heart condition. Amat jarang berlaku. Ada masanya kamu akan rasa berdebar tak tentu pasal. Ada masanya your heart will skip a beat. Ianya dikenali sebagai heart arrhythmia. Awak kalau memandu, jangan stress sebab awak boleh kena serangan jantung dan pitam. Awak kena jaga tahap stress awak seharian. Cardiac arrest can happen anytime even when you are sleeping.”

Toleh ke sebelah katil, kosong. Bingkas bangun untuk minum air. Jenguk bilik anak-anak, kosong. Jantung berdebar. Kawal nafas, kawal emosi.

Duduk di sofa dalam kepekatan malam. Bunyi katak bersahutan sahutan kerana hujan baru sahaja berlalu pergi. Masuk bilik anak-anak. Capai selimut mereka. Balik ke kamar sendiri. Selimut anak-anak dihamparkan ke atas katil. Bantal golek dibungkus selimut anak-anak. bantal golek dipeluk dibayangkan anak-anak.

Otak terfikir, “Kalau malam ni Allah jemput aku pulang, bagaimanakah nanti keadaaan anak-anak aku? Adakah mereka akan membesar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah? Adakah mereka akan menjaga mak mereka sehingga ke hembusan akhir mak mereka? Adakah mereka akan mengingati aku dalam doa mereka selalu? Adakah mereka akan marahkan aku kerana merahsiakan semua ini dari mereka?”

Jantung berdebar balik. Kawal nafas, kawal emosi.

Bangun balik. Pastikan tak bangun mendadak takut darah turun ke dari kepala cepat sangat. Berjalan ke kamar mandi. Mandi, ambil wudhu dan pakai baju kerja.

Solat hajat. Duduk termangu atas sejadah. Fikir sejenak. Perasaan menjadi kosong tiba-tiba. Angin sejuk awal pagi menghembus dan kedengaran azan Subuh. Solat fardhu Subuh. Capai beg komputer riba turun ke kereta.

Hidupkan enjin. Semuanya berlaku seperti dikawal dari jauh. Dalam diri terasa kosong. Masuk gear dan mulakan perjalanan. Kaki menekan pedal minyak dan tangan mengawal stereng. Semuanya seperti tahu apa perlu dilakukan. Rasa seperti roh dah takde dalam jasad tapi masih bernyawa.

Entah mana-mana pusing tau tau dah sampai pejabat. Tengok jam, 6.15 pagi. Pejabat masih berkunci. Baringkan kerusi kereta, lelapkan mata.

Tau-tau dengar bunyi siren ambulan. Terasa dicucuk sana sini. Bunyi seakan bergema. Cuba bukakan mata. Berat. Hanyut kembali.

Terasa seperti terkena renjatan elektrik satu badan. Sakit. Dengar bunyi riuh macam di pasar borong KL. Tekak terasa seperti ada hos getah siram pokok dimasukkan. Hanyut kembali.

Mata dibuka, isteri tertidur di luar berbantalkan cermin. Nak panggil, suara tak keluar. Tangan cuba diangkat hendak panggil, terasa berat. Pelbagai hos dan wayar berselirat atas dada, di kepala dan tangan. Terasa macam dalam filem RoboCop. Perhatikan isteri, air mata bergenang. Dalam hati berkata, “Sayang, saya maafkan awak.”

Kemudian semuanya gelap kembali…

Boleh tahan

Posted: March 26, 2012 in writing
Tags: , ,

Tunggu lagi. Nak tunggu ubat pulak. Sian Kak Pah. Anyway aku sesaja gatal nak cuba apps wordpress android ni.

Rating aku so far 10/10 atau lima bintang la sebab dia laju kalau nak bandingkan dengan iphone aku dulu. So kepada bloggers tegar dan kalian ada android silalah download. Serius tak rugi.

Ku ke udara lagi….

Posted: March 26, 2012 in writing

Nak update blog tapi manjang tak sempat. Nak kata free sangat tu taklah tapi itulah dia hakikatnya, kita tak pernah cukup masa dan masa kian mengejar kita.

Acapkali teman-teman bertanya “bila nak update blog? Dah bersawang tu” Lenny selalu tanya. Bukan tak nak update tapi idea takde. Tengok kot malam ni kalau idea tu datang aku update. Ni pon duk tunggu Kak Pah kat klinik. Demam. Esok dia mc. Haaa giliran dia dah sampai. Later aligator buaya tembaga.


Sudah agak lama aku tak berkarya. Bukan apa, sibuk dengan anak-anak, isteri, kerjaya dan macam-macam lagilah. Masa mana aku nak menulis kan?

Ni pulak nak jadi cerita, pagi tadi anak bongsu aku Rashidi masuk ke dalam bilik aku untuk mengejut aku. Alangkah terkejutnya aku apabila aku dapati kacamata aku dah rupa macam twister fries!

Habis lah aku. Macam mana aku nak buat kerja? Macam mana aku nak bawak kereta malam? Nasib baik la di opis aku skrin besar so laptop aku sambungkan ke skrin besar je.

Insya ALLAH kalau tiada aral melintang aku akan mula berkarya mini e-novel dalam blog aku ni ha je. Agak lama seh aku tak menulis ni semenjak aku dengan Utusan. Boleh ke lagi aku berkarya ye? Idea macam-macam ada dalam kepala otak ni. Masanya sahaja tiada.

Tengok petang-petang sikit. Adus aku baru dapat e-mel dari Universal Music Malaysia. Aku terlibat dalam konsert DIGI-tal bulan November ni. Kalau tak silap aku lah ada lima ke enam artis antarabangsa seperti The All American Rejects, BEP, Keane dan lupa pulak aku sapa lagi. Konsert ni pulak akan bermula 12 tengahari hingga 12 malam. Yang bestnya aku dapat 7 pas ALL ACCESS kerana aku juga URUSETIA terbabit.

Aku juga dapat pas belakang pentas untuk Beyonce, nak pergi kesian pulak wife takleh ikut kena jaga anak-anak tak pergi rasa rugi pulak sebab Beyonce ni bukannya orang lain. Nanti aku fikir-fikirkan.

Tapi lepas ni apa yang penting….kerjasama….apa yang penting, kerjasama….aku nak buak kaca mata baru dulu. Ni pun terkebil-kebil macam ayam tetelan kabaid nak tengok skrin! Oklah, Maman aka Arman signing off…GAMBATE-NE!!!