Posts Tagged ‘Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor’


Rasa-rasanya bilakah agaknya aku boleh kerap blogging  kembali? Sejak akhir-akhir ini tahap kesibukan aku kian meningkat. Tanggungjawab aku juga makin bertambah. Jika dahulu aku masih boleh meluangkan masa untuk berborak di Mangga Online dan YM dengan teman-teman, kini usahkan nak berborak, nak makan pun kadang-kadang miss.

Kontrak aku dengan Perfisio juga akan tamat dalam sebulan dua lagi. Aku dah sound kat boss dan dia tanya sama ada aku mahu sambung kontrak atau diserapkan masuk ke dalam syarikat. Mestilah aku nak diserapkan. Kalau tak macam mana aku nak bayar kereta baru tu kan?

Dua hari sudah aku bertugas sebagai penerbit dan pengarah video untuk Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor. Boleh tahan sambutan ahli-ahli mereka. Kata boss aku mungkin Julai nanti kami akan ke Pulau Pinang pula untuk Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang.

Tugas aku kini bukan sahaja sebagai Eksekutif Pembangunan Web, aku juga merangkap Webmaster untuk laman ManggaOnline, ManggaTV, Ranggi dan juga EazyTrade. Aku juga perlu menjadi pengacara majlis karpet merah sekiranya ia melibatkan ManggaTV. Setiap hari aku pulang kepenatan sehinggakan anak bongsu aku Rashidi dah boleh berjalan pun aku tak perasan.

Semalam wife aku ke pasar malam. Dia teringin sangat membelikan Rashidi sepasang Crocs kerana abang dan kakak Rashidi termasuk aku dan wife masing-masing memiliki sepasang Crocs. Aku tak beri sebab budak sedang membesar rugi dibeli barang mahal-mahal kerana nanti pakai dua tiga bulan dah tak muat. Jadi masa aku pulang malam semalam, aku perasan ada sepasang sandal celoreng seakan-akan Crocs untuk Rashidi. Rasanya aku paham naluri seorang ibu. Walaupun aku melarang dia membelikan Crocs untuk Rashidi, dia membelikan juga sepasang yang seakan-akan serupa. Aku tanyakan kepadanya kenapa belikan juga yang rupanya macam Crocs, kenapa tidak sandal biasa. Nak tahu apa jawapannya? “At least kalau kita sekeluarga keluar, kasut semua nampak sama.”

Aku tanyakan kepadanya mana dia dapat duit memandangkan dah tengah bulan ni. Dia cakap duit belanjanya yang aku beri minggu lepas disimpannya dan dia puasa Isnin lepas semata-mata mahu membelikan anak cumil kami sepasang sandal. Mulia sungguh seorang ibu!

Oklah, aku kena sambung kerja balik ni, ada masa aku update lagi.