Posts Tagged ‘Father’s Day’


Aku tak tahu la apa yang dilakukan bapa-bapa lain semalam yang kebetulan Hari Bapa. Aku dari hari Sabtu sudah pun berada di rumah mama aku di USJ18. Bukan apa, ada dua sebab.

1. Adik bongsu aku kini di Kem PLKN dan mama keseorangan di rumah

2. Aku menghantar Waja aku untuk kegunaan mama.

Pagi semalam mama dan bapa tiri aku ke Behrang untuk melawat Aqmil, adik bongsu kesayangan kami di sana. Biasalah anak bongsu kan paling manja, macam-macam dia minta kat mama. Nak pizza la, nak spaghetti la. Yang spaghetti kebetulan mama ada buat lebih cuma pizza sahaja mama terpaksa beli di dalam perjalanan.

Jam 9 pagi lepas sarapan mama dah ke sana. Tinggalah aku lima beranak di rumah mama. Nak buat apa ye? Aku dok menung kat porch dan aku perasan Persona aku dah kelabu asap rimnya kerana habuk brek. Alang-alang baik aku basuh sahaja Waja dan Persona aku tu.

Dalam aku dok menyediakan barang-barang mencuci kereta, tiba-tiba muncul kelibat anak dara dan anak bujang aku tak berbaju (macam aku gak, aku pakai seluar pendek sahaja) sambil melonjak riang, “Nak tolong Baba! Nak tolong Baba!”

Aku belum keluar rumah lagi dua beradik tu dah pasang hos air dan mula menyiram kereta-kereta aku. Sebenarnya kamu lebih menjurus kepada main air dari basuh kereta semalam. Habis la bil air mama mesti melonjak bulan ni. Masakan tidak, orang lain basuh kereta habis kuat pun setengah jam, kami tiga beranak hampir tiga jam! Sampai naik kecut la kami pagi tu.

Nasib baik panas matahari banyak membantu. Mama mereka langsung tak berani nak tegur sebab takut kena siram. Mula-mula dia bebel kan juga dua anaknya main air. Elok sahaja dia keluar pintu kena ambush dengan air sabun (kerja aku lah sapa lagi). Menjerit-jerit dia berlari masuk semula ke dalam rumah. Tu la sapa suruh masuk gua naga! Hahaha!

Lepas itu aku sediakan makan tengahari. Bergedil dagingn, ayam berempah dan sambal sardin. Mamanya pula masak sayur campur dan telur dadar. Aku juga seringkali tengok nasi si Rashidi macam tak cukup bahan je apabila mak mertua aku masak. Mungkin dia pun tak tahu nak letak apa dalam bubur nasi cucu bongsunya itu. Sesambil nak tunggu mama aku pulang, aku sediakan bubur nasi Rashidi.

Aku blendkan lobak merah, kentang, daging kisar dan ikan bilis kemudian aku masukkan ke dalam bubur yang sedang mendidih. Aku blendkan pula bunga kobis dan brokoli dan aku tuangkan dalam bubur tadi. Baunya….masya ALLAH! Aku pun terliur. Rupanya pula seakan-akan bubur lambuk kerana ada kiub lobak merah dan kentang serta daging kisar/ Wife aku cakap, “Banyaknya! Mahu tahan dua hari ni!”

Sesampai aku di rumah kami malam semalam, Rashidi mengamuk kelaparan. Mamanya pun menyuapkanlah nasi yang mak mertua aku sediakan. Tak mahu dia makan. Mamanya pun mengambil sedikit yang aku masak dan mencampurkannya. Tiga mangkuk Rashidi makan! Hehehe…tengok kaki la!

Sebelum mereka masuk tidur, Aaliyah dan Rashidi ke kamar aku dan mengucup pipi aku sambil mengucapkan, “Happy Father’s Day!” Terharu aku. Sure kerja mama dia orang ni. Anyway, itu adalah Hari Bapa paling bermakna dalam hidup aku.