Posts Tagged ‘Funker FM’

FFM Berwajah Baru

Posted: April 25, 2011 in Uncategorized
Tags:

Lah aku ingatkan bos nak apa tadi, cuma tanya pasal persiapan aku untuk ke Sarawak bulan depan.

Ya aku hampir lupa nak bercerita pengalaman aku sebagai deejay untuk Funker FM. Masuk ni dah empat bulan aku menjadi penyampai untuk radio internet nombor satu ini.

Bangga aku apabila menjadi salah satu ahli keluarga Funker.fm ni. Bukan apa, aku yang dikira masih hijau ni dah ada rancangan aku sendiri iaitu Evergreen Retro.

Slot aku pulak setiap Sabtu dari jam 12 tengah hari hingga 4 petang. Kalau nak dengar cuba layari http://www.funker.fm


Hari 6 Januari, sudah enam hari kita berada di tahun baru. Pelabagai kenangan pahit manis suka duka aku lalui sepanjang 2010.

Antara peristiwa yang akan kekal selama-lamanya dalam ingatan aku ialah kehilangan papa pada 27 Ramadhan. Itu akan kekal selama lamanya. Dan juga perlantikan aku sebagai BRAND OWNER untuk http://www.online,tutor.com.my. Perlantikan ini bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan pun, ia lebih menjurus kepada untuk aku memperbaiki lagi kelemahan yang ada dalam Tutor Online ni.

Namun cabarannya bukan pada 2010 tetapi pada 2011! Aku masa tahun baru hari itu pun tak ke mana-mana kerana hari ini genaplah aku demam selsema dan batuk-batuk selama dua minggu! Mengalahkan H1N1 pulak.

2011 membuka tirainya dengan melihatkan puteri kesayangan aku masuk darjah satu. Dia aku pilih untuk bersekolah di SK Assunta PJ. Bukan apa, bak kata Usop dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, ‘English education ni penting Usin!”

Aku nak yang terbaik untuk anak-anak aku. Hari pertama Aaliyah ke sekolah, aku dan mamanya yang panik. Dia selamba cool as ice aje. Pagi-pagi lagi mamanya siapkan dia untuk ke KAFA di Taman Datuk Harun. Mamanya sanggup skodeng di luar pagar. Hati ibu kan. Padahal Umi (mak mertua aku) mengajar di sekolah tersebut dan rupa-rupanya Aaliyah anak murid Umi lagi. Mau jadi anak murid kesayangan ni.

Memandangkan van sekolah yang kami atur awal-awal semenjak Disember 2010 pulak tiba-tiba kata tak lalu Sekolah Agama tu, aku terpaksa menghantar Aaliyah ke sekolah. Ayunya aku lihat dia bertudung labuh. Hari pertama persekolahan aje dah ada masalah. Berlaku litar pintas maka bomba telah menutup jalan. Dah la tu, hujan pulak mencurah curah bak tiada penghujung petang itu. Dah dekat pukul satu suku, wife aku ambil keputusan untuk berjalan sejauh 100 meter ke sekolah Aaliyah.

Aku pula pusing balik dan hantar Ferhad dan Rashidi ke rumah Umi. Sekali wife aku call dia kata aku tak perlu tergesa-gesa ke sana kerana jalan masih sesak dengan kenderaan ibu bapa murid-murid darjah satu.

Oh ya, ibubapa digalakkan untuk berada di kawasan sekolah selama tiga hari bagi memberi semangat dan tunjuk ajar seperti membeli makanan di kantin dan sebagainya kepada anak-anak mereka. Wife kata dia nak balik naik bas sahaja dengan Aaliyah. Ada ke suami sampai hati tengok bini naik bas dengan anak pada hari pertama persekolahan? Dalam jam empat setengah aku ke SK Assunta semula, Masa tu panas meremang. Yelah dah hujan setengah hari,

Aku call wife aku, rupa-rupanya dia tengah beratur membeli buku dan katanya dah dua jam dia beratur. Siap berganti-ganti duduk dengan dua lagi ibu yang dikenalinya semenjak hari orientasi lagi.

Pendekkan cerita petang tu aku lihat Aaliyah gembira. Dia kata dia suka sekolah ni kerana ada kawan-kawan baru, cikgunya baik dan macam-macam lagi celotehnya. Aku masa tunggu dia balik tu aku sempatlah dapat van sapu untuk ambil dan hantar Aaliyah.

Itu satu cerita, cerita kedua pula, aku ditawarkan untuk menjadi DJ radio. Radio mana? ERA? Bukan. HOT FM? Pun bukan. Sebenarnya aku akan berDJ di http://www.funker.fm. Ianya sebuah stesen radio dalam talian (online) yang sah. Mereka mempunyai sijil pengesahan dari RIM dan MACP.

Sabtu ni aku mula bertugas. Nanti aku cerita apa pengalamannya. Nak sambung tengok cerita SALT kejap ni. Juling mata aku tengok Angelina Jolie. Salam sayang, GAMBATENEEE!!!!!