Posts Tagged ‘ganyang’


Aku agak terpanggil semenjak dua ni tentang hubungan kita dengan Indonesia. Agaknya inilah tanda-tanda kiamat akan berlaku kerana seingat aku arwah ustazah aku pernah kata apabila negara sesama Islam akan berperang maka itu tanda-tanda besar kiamat dah dekat.

Yang aku hairankan, kenapa isu rendang milik siapa, pendet sapa punya, batik siapa punya hendak dijadikan punca berperang? Sesama Islam pulak tu! Sedihkan? Sebab isu kecil ini maka rakyat Malaysia di Indonesia mahu ditikam dengan buluh runcing?

Bagaimana pula jenayah seperti rogol, bunuh, samun, rompak dan lain-lain lagi dilakukan pendatang asing tanpa izin dari sana? Adakah kita dengar dalam berita kepala mereka dipancung tentera Fisabilillah kita? Atau adakah kita mengadakan demonstrasi meminta kerajaan mengusir mereka pulang kerana habis tanah-tanah rezab negara kita dirompak mereka untuk dijadikan penempatan? Adakah kita dengar juga penempatan mereka ini diranapkan pihak-pihak berkuasa tempatan? Malah kerajaan Malaysia sendiri mengamalkan sikap anak kera di hutan di susukan anak sendiri mati kelaparan.

Aku cakap perumpamaan ini kerana jika kita kaji betul-betul, masih banyak dan ramai masyarakat miskin tegar di negara kita punyalah payah nak dapat bantuan akan tetapi apabila negara jiran kita dalam kesusahan, di TV, akhbar dan radio semua meminta rakyat Malaysia menghulurkan bantuan kepada mereka. Kita sudi membantu kerana kita fikir mereka saudara Islam kita malah banyak budaya kita dikongsi bersama. Apa salahnya kalau kita berkongsi? Kami tidak pernah pula dengan bangganya melaungkan ini hak kami, atau ini milik kami melainkan ianya benar. Tanahair kami Malaysia milik kami namun begitu banyak pendatang asing tanpa izin mencari rezeki di tanahair kami, maka tidak pula kami menghalau mereka.

Ayuh Indonesia dan Malaysia. Kita berdamai sahaja. Apa guna kita berperang sesama Islam? Lebih afdal kita perangi musuh Islam seperti Amerika dan Yahudi. Mereka yang menggangap Islam itu pengganas akan berasa lega dan suka apabila melihat kita bergaduh dan berperang sesama sendiri. Tidakkah kalian lihat apa tersirat di sebalik propaganda ini?

Aku bagi pihak rakyat Malaysia ingin mengucapkan salam takziah kepada rakyat Indonesia yang ditimpa gempa bumi tempohari. Kami panjatkan doa ke hadrat Illahi semoga rakyat kamu yang ditimpa musibah ini supaya sabar menempuhi ujianNYA.

Marilah kita sama-sama berdamai demi keharmonian dan kesejahteraan bersama. Tiada gunanya kita berperang. Haram hukumnya kamu mengambil darah orang Islam… astaghfirullahalazim…