Posts Tagged ‘isteri’

Selamat Tinggal Sayang

Posted: October 16, 2014 in lesson, life, love, Novel, time, Work, writing
Tags: , ,

Jam menunjukkan 3 pagi. Mata tak dapat dilelapkan kerana kata-kata doktor masih terngiang di telinga.

“You have a heart condition. Amat jarang berlaku. Ada masanya kamu akan rasa berdebar tak tentu pasal. Ada masanya your heart will skip a beat. Ianya dikenali sebagai heart arrhythmia. Awak kalau memandu, jangan stress sebab awak boleh kena serangan jantung dan pitam. Awak kena jaga tahap stress awak seharian. Cardiac arrest can happen anytime even when you are sleeping.”

Toleh ke sebelah katil, kosong. Bingkas bangun untuk minum air. Jenguk bilik anak-anak, kosong. Jantung berdebar. Kawal nafas, kawal emosi.

Duduk di sofa dalam kepekatan malam. Bunyi katak bersahutan sahutan kerana hujan baru sahaja berlalu pergi. Masuk bilik anak-anak. Capai selimut mereka. Balik ke kamar sendiri. Selimut anak-anak dihamparkan ke atas katil. Bantal golek dibungkus selimut anak-anak. bantal golek dipeluk dibayangkan anak-anak.

Otak terfikir, “Kalau malam ni Allah jemput aku pulang, bagaimanakah nanti keadaaan anak-anak aku? Adakah mereka akan membesar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah? Adakah mereka akan menjaga mak mereka sehingga ke hembusan akhir mak mereka? Adakah mereka akan mengingati aku dalam doa mereka selalu? Adakah mereka akan marahkan aku kerana merahsiakan semua ini dari mereka?”

Jantung berdebar balik. Kawal nafas, kawal emosi.

Bangun balik. Pastikan tak bangun mendadak takut darah turun ke dari kepala cepat sangat. Berjalan ke kamar mandi. Mandi, ambil wudhu dan pakai baju kerja.

Solat hajat. Duduk termangu atas sejadah. Fikir sejenak. Perasaan menjadi kosong tiba-tiba. Angin sejuk awal pagi menghembus dan kedengaran azan Subuh. Solat fardhu Subuh. Capai beg komputer riba turun ke kereta.

Hidupkan enjin. Semuanya berlaku seperti dikawal dari jauh. Dalam diri terasa kosong. Masuk gear dan mulakan perjalanan. Kaki menekan pedal minyak dan tangan mengawal stereng. Semuanya seperti tahu apa perlu dilakukan. Rasa seperti roh dah takde dalam jasad tapi masih bernyawa.

Entah mana-mana pusing tau tau dah sampai pejabat. Tengok jam, 6.15 pagi. Pejabat masih berkunci. Baringkan kerusi kereta, lelapkan mata.

Tau-tau dengar bunyi siren ambulan. Terasa dicucuk sana sini. Bunyi seakan bergema. Cuba bukakan mata. Berat. Hanyut kembali.

Terasa seperti terkena renjatan elektrik satu badan. Sakit. Dengar bunyi riuh macam di pasar borong KL. Tekak terasa seperti ada hos getah siram pokok dimasukkan. Hanyut kembali.

Mata dibuka, isteri tertidur di luar berbantalkan cermin. Nak panggil, suara tak keluar. Tangan cuba diangkat hendak panggil, terasa berat. Pelbagai hos dan wayar berselirat atas dada, di kepala dan tangan. Terasa macam dalam filem RoboCop. Perhatikan isteri, air mata bergenang. Dalam hati berkata, “Sayang, saya maafkan awak.”

Kemudian semuanya gelap kembali…

Keluh Suami Isteri

Posted: October 17, 2012 in jokes, life
Tags: , , , ,

Romantisnya

Baru kahwin je selalunya macam ni kan?

Keluhan seorang SUAMI:

Subuh, mandi nak pergi kerja.

Pagi, naik kereta pergi kerja.

Tengahari, malas nak sambung kerja.

Petang, balik kerja.

Maghrib, cari kerja.

Malam, tanya bini bole kerja.

Bangun pagi, penat malam tadi kerja.

Tak sudah-sudah dengan kerja.....

Keluhan seorang ISTERI:Subuh basuh kain. Pagi sidai kain. Tengahari angkat kain. Petang lipat kain. Maghrib susun kain. Malam BUKA KAIN. Bangun pagi, tertukar kain. Tak sudah-sudah dengan kain......
Baru kahwin macam ni lah

Aku tak tahu dari mana sumber asalnya artikel ini kerana aku menerima dalam kiriman e-mel. Dalam kiriman e-mel itu pun ada qoute bahawa ini dipetik dari Dr Fadzilah Kamsah (motivator idola aku ni!). Aku rasa terpanggil untuk meletakkannya dalam blog aku kerana ianya satu penegetahuan yang berguna untuk manfaat kita semua.

Rencana sebegini elok untuk renungan kita terutama sekali para isteri. Bukan aku nak kata para suami ni semuanya betul dan alim, cuma sekadar untuk renungan kita bersama. Kalau aku dapat rencama pasal lelaki pula nanti aku kongsikan bersama.

C1. CABAR

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita . Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2. CABUL

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu . Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan . Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR

Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar . Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah b aru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot . Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka . Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami b aru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6. CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya . Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat . Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai . Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8 CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa .. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini. 8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya . Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.