Posts Tagged ‘Jaya Jusco’


Tanggal hari Jumaat, 2 Oktober 2009 yang lalu, aku kehilangan seorang kawan, seorang teman, seorang sahabat.

Walaupun aku baru setahun jagung mengenali insan bernama Farah Aeleena, namun persahabatan kami agak akrab. Kami lebih kepada perhubungan seperti adik beradik. Banyak yang kami kongsikan bersama; suka duka pahit maung.

Aku tidak menyangkan SMS aku terima pada hari aku mengadakan rumah terbuka Aidilfitri Sabtu sebelumnya dia serius. SMSnya berbunyi, “Sori Man aku tak sempat pergi rumah kau. Aku baru selesai interview. Ni berbaju kurung nak ke rumah kau la ni tapi aku tak sempat. BTW (by the way) minggu depan aku last kot kat Perfisio.”

Rupa-rupanya benar. Hari ini aku mulakan kerja dengan hati yang kosong. Aku perasan pejabat aku pun agak suram hari ini. Jika tidak pastinya kami akan terhibur mendengar celoteh Pa’ah di hujung sana. Time aku coretkan ini adalah time biasanya Pa’ah akan berada di belakang aku untuk mengambil sekeping akhbar lama dibuat alas meja untuk dia makan nasi lemak.

Dan bila dia makan nasi lemak maka semerbak la satu opis ni dengan bau-bauannya.

Pa’ah, kami mendoakan kau berjaya di Aeon. Laksanakan tugas baru kamu dengan penuh amanah dan dedikasi. Kami di sini amat merindui dirimu. Dharap kamu tidak melupakan kami di sini kerana terlalu banyak peristiwa manis dikongsi bersama.

Farah Aeleena, halakan termakan terminum kami. Sesungguhnya juga kami mendoakan agar hatimu

terbuka untuk Azri..hehehehe Aminnnnnn!

ps: Pa’ah, aku jamu anak-anak yatim kalau kau ke pelamin dengan Azri!