Posts Tagged ‘Kehidupan’


Aku terbaca entri blog ni dan aku Copy Paste. Seronok pula bila baca. Peringatan dan teguran ini adalah buat aku. Tapi aku agak terpesona dengan nombor 1, 4 dan 8 tu. Ramai aku jumpa sepanjang hayat aku.

Berkawan Biarlah Ikhlas & Jujur

Semua orang mempunyai kawan. Tapi tahu tak ramai diantara kawan kita itu ada perangai yang berlainan dan perwatakan yang berlainan. Ada juga yang saja nak tumpang populariti seseorang itu dan ada juga ikhlas untuk berkawan dengan seseorang itu. Kebanyakkan orang zaman sekarang suka memilih bulu dalam berkawan. Bukan fantasi tapi realiti..

friendship-grey-childrenDi bawah ini pula adalah ciri-ciri kawanyang perlu dijauhi:

1. Kawan yang lupa diri
Spesis ini macam kacang lupakan kulit kerana kawan macam ini memang langsung tak boleh dibuat kawan. Masa mereka susah, cepat-cepat mereka cari kita tapi bila mereka sudah senang, mereka lupakan kita dan tak nak pandang pun kat kita.

2. Kawan yang berlagak
Bajet mereka sempurna dan mereka lupa apa yang mereka ada itu semua pinjaman dari Allah. Mereka juga merendah-rendahkan kredebiliti kita.

3. Kawan yang makan kawan.
Kawan macam ini sanggup buat apa sahaja dengan apa cara sekalipun sehingga sanggup memusnahkan hidup kawannya sendiri demi mencapai kesenangan hidup. Mereka hanya pentingkan diri mereka sahaja tanpa memperdulikan kita.

4. Kawan yang hipokrit
Kawan ini spesis yang hipokrit. Mereka menjaja sifat buruk kita dibelakang kita kepada orang lain tapi bila depan kita buat-buat macam menyebelahi dan baik sangat dengan kita di depan orang lain.

5. Kawan yang penuh sifat dengki dan iri hati
Kawan macam ini tak boleh tengok kita duduk senang-lenang. Asal kita senang saja, mula la mereka hidup tak tentu arah dan hati mereka resah gelisah. Lepas itu, mulalah mereka mengatur strategi untuk menjatuhkan hidup kita. Bila kita sudah susah, barulah mereka rasa puas hati.

6. Kawan yang suka menipu
Kawan yang tak pernah cakap betul dengan kita. Bila kita tanya mengapa mereka buat begini, mereka cakap lain untuk melepaskan diri mereka sendiri. Mereka hanya pikirkan perasaan mereka tanpa pikirkan perasaan kita sedikitpun.

7. Kawan yang kedekut
Kawan macam ini susah kalau kita nak minta tolong. Barang kita semuanya mereka ambil tanpa minta izin pun tapi bila kita ambil barang mereka tanpa minta izin, mula mata menjeling-jeling, pastu heboh kat semua orang.

8.Kawan yang suka mempergunakan kawan
Kawan macam ni lagi la tak guna. Dia akan menggunakan apa sahaja yang ada pada kawannya seperti populariti, pengaruh, kebaikan, harta dan wang ringgit demi kepentingannya sendiri. Mulutnya sentiasa manis menjanjikan yang manis-manis belaka. Namun apabila mendapat apa diingini maka janji tinggal janji dan kawannya ibarat habis madu sepah dibuang. Dia akan mencari kawan baru.