Posts Tagged ‘mama’


Siapa sangka? Buah cempedak dah jadi nangka. Lawak-lawak. Anyway semalam (hari Ahad) aku jadi pengacara pada majlis persandingan kawan aku Nazreen di Bukit Jelutong Shah Alam. Nak cerita lah pengalaman aku jadi pengacara.

Selalunya pada mesyuarat atau pembentangan kerja (English kata presentation la) aku biasa memberinya malah kepada mereka yang berpangkat CEO dan juga COO syarikat besar seperti Yahoo! Malaysia, Akamai (yang merupakan content delivery network untuk YouTube) dan banyak lagi. Namun apabila Sheeda, adik kepada Nazreen mempelawa aku jadi pengacara aku mulanya setuju akan tetapi pada hari tersebut aku gugup. Gugup kerana mereka ini semua aku tak kenal dan ini bukan pembentangan kerja, ini majlis sanding kawan aku!

Nak tarik diri, last minute la pulak. Maka aku perlu teruskan juga. Macam mana ye mama aku dulu boleh buat? Dia lagilah, pengacara TV untuk RTM dan TV3. Kira-kira mama aku dulu ni selebriti la jugak sebab dia banyak mengacara rancangan seperti Bintang RTM, Pesta Pujaan Kingsway, ASEAN Music Festival, Tele-thon Jantung Hatiku, Kuali dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, jika sebut nama Nazliah Hamid maka semua kenal pengacara tersohor sebelum zaman Datuk Mahadzir Lokman, Habibah Yusuf, Wan Zaleha Radzi. Mereka ini junior kepada mama aku masa tu.

Sekarang, macam-macam karenah penonton. Aku terpanggil jugalah pada satu rencana dalam Facebook di mana aku juga dalam grup Wardina (sebab dia kawan aku) dan baru-baru ini dalam Utusan Malaysia ada tersiar satu surat dari seorang katum binti katum di Pahang. Perrrgh! Dia punya komen, boleh buat hati terbakar la pasal Wardina. Pasal cara dia mengendalikan WHI.

Aku pun buat kaji selidik (itu salah satu kelebihan bekerja di bawah Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad dan juga berkhidmat di bahagian IT; senang dapat maklumat) la pasal rating WHI. Khabarnya rating rancangan kendalian Wardina ini tinggi. Jadi tiada kesahihan tentang turunnya jumlah penonton WHI selepas Wardina mengambil alih. Kadang-kadang aku terpanggil, mereka yang komen ni, tahu ke mengacara? Mereka sedap mulut ni pernah ke mengacara? Kerana BUKAN SENANG nak mengacara terutama sekali jika ianya siaran langsung atau di depan khalayak ramai.

Aku sendiri mengalaminya. Namun, aku ucapkan terima kasih kepada Kuza kerana banyak membantu aku semalam dan juga jika dia tiada aku rasa aku lebih gelabah kot! Anyway mama, terima kasih kerana bakatmu mengalir pekat di dalam urat-urat ku!

Dan kepada Nazreen dan Aidawani, tahniah. Semoga berkekalan ke anak cucu.

Ibu, mama, umi, mummy, mak….

Posted: August 13, 2009 in Uncategorized
Tags: , , , ,

Aku agak risau dengan keadaan mama aku selepas dijangkiti H1N1. Walaupun demamnya dah kebah namun simptom-simptom lain ketara malah menular. Batuknya makin teruk dan selepas pemeriksaan baru-baru ini doktor mengesyaki paru-paru mama lembab dek kahak.

Biasalah, orang tua kan. Puas aku dan adik-adikku pujuk malah wife aku pun sama namun mama berdegil tak nak pergi ke hospital. Apa aku nak buat? Aku buntu. Dalam aku buntu ini adalah satu kiriman emel. Benda ini dah lama berpusing di internet cuma aku tak pernah ambil port sebelum ini.

Mungkin dengan berkongsikan maklumat ini akan serba sedikit menyedarkan kita. Sebak juga aku baca kerana memang ada kebenarannya. Dan apabila aku melihat isteriku tercinta melayan ketiga-tiga anakku, memang pengorbanan ibu tiada tolok bandingnya. Pengorbanan seorang ibu itu lebih besar dari seorang bapa walaupun bapa sanggup menggadai nyawa mahu menyara keluarganya.

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata…memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku….mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku… ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….Mak
Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ….mak
Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak
Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak
Bila takut, yang tenangkan aku….mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan ….mak
Bila sedih, aku mesti talipon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…..mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! ”
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku…mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak

Aku ada pasangan hidup sendiri….

Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak

Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….emakku

Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu……..aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu… mak ingat kat aku

Bila-bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila…… aku nak talipon mak

Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
Berderai air mata jika kita mendengarnya………

Tapi kalau mak sudah tiada……….
MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT…..

Berapa ramai yang sanggupmenyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…….
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya………
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
dan akhir sekali  berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya……
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,
“Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya


Aku tak tahu la apa yang dilakukan bapa-bapa lain semalam yang kebetulan Hari Bapa. Aku dari hari Sabtu sudah pun berada di rumah mama aku di USJ18. Bukan apa, ada dua sebab.

1. Adik bongsu aku kini di Kem PLKN dan mama keseorangan di rumah

2. Aku menghantar Waja aku untuk kegunaan mama.

Pagi semalam mama dan bapa tiri aku ke Behrang untuk melawat Aqmil, adik bongsu kesayangan kami di sana. Biasalah anak bongsu kan paling manja, macam-macam dia minta kat mama. Nak pizza la, nak spaghetti la. Yang spaghetti kebetulan mama ada buat lebih cuma pizza sahaja mama terpaksa beli di dalam perjalanan.

Jam 9 pagi lepas sarapan mama dah ke sana. Tinggalah aku lima beranak di rumah mama. Nak buat apa ye? Aku dok menung kat porch dan aku perasan Persona aku dah kelabu asap rimnya kerana habuk brek. Alang-alang baik aku basuh sahaja Waja dan Persona aku tu.

Dalam aku dok menyediakan barang-barang mencuci kereta, tiba-tiba muncul kelibat anak dara dan anak bujang aku tak berbaju (macam aku gak, aku pakai seluar pendek sahaja) sambil melonjak riang, “Nak tolong Baba! Nak tolong Baba!”

Aku belum keluar rumah lagi dua beradik tu dah pasang hos air dan mula menyiram kereta-kereta aku. Sebenarnya kamu lebih menjurus kepada main air dari basuh kereta semalam. Habis la bil air mama mesti melonjak bulan ni. Masakan tidak, orang lain basuh kereta habis kuat pun setengah jam, kami tiga beranak hampir tiga jam! Sampai naik kecut la kami pagi tu.

Nasib baik panas matahari banyak membantu. Mama mereka langsung tak berani nak tegur sebab takut kena siram. Mula-mula dia bebel kan juga dua anaknya main air. Elok sahaja dia keluar pintu kena ambush dengan air sabun (kerja aku lah sapa lagi). Menjerit-jerit dia berlari masuk semula ke dalam rumah. Tu la sapa suruh masuk gua naga! Hahaha!

Lepas itu aku sediakan makan tengahari. Bergedil dagingn, ayam berempah dan sambal sardin. Mamanya pula masak sayur campur dan telur dadar. Aku juga seringkali tengok nasi si Rashidi macam tak cukup bahan je apabila mak mertua aku masak. Mungkin dia pun tak tahu nak letak apa dalam bubur nasi cucu bongsunya itu. Sesambil nak tunggu mama aku pulang, aku sediakan bubur nasi Rashidi.

Aku blendkan lobak merah, kentang, daging kisar dan ikan bilis kemudian aku masukkan ke dalam bubur yang sedang mendidih. Aku blendkan pula bunga kobis dan brokoli dan aku tuangkan dalam bubur tadi. Baunya….masya ALLAH! Aku pun terliur. Rupanya pula seakan-akan bubur lambuk kerana ada kiub lobak merah dan kentang serta daging kisar/ Wife aku cakap, “Banyaknya! Mahu tahan dua hari ni!”

Sesampai aku di rumah kami malam semalam, Rashidi mengamuk kelaparan. Mamanya pun menyuapkanlah nasi yang mak mertua aku sediakan. Tak mahu dia makan. Mamanya pun mengambil sedikit yang aku masak dan mencampurkannya. Tiga mangkuk Rashidi makan! Hehehe…tengok kaki la!

Sebelum mereka masuk tidur, Aaliyah dan Rashidi ke kamar aku dan mengucup pipi aku sambil mengucapkan, “Happy Father’s Day!” Terharu aku. Sure kerja mama dia orang ni. Anyway, itu adalah Hari Bapa paling bermakna dalam hidup aku.