Posts Tagged ‘Najat Niky Nadya Fadin’


Kalau nak dikira tarikh hari ini genaplah sebulan teman rapatku Allahyarhamah Najat Nadya telah pulang ke Rahmatullah. Masya Allah, tak tahu macam mana rindunya kami kawan-kawan kami kepadanya, namun Allah lebih menyayangi dirinya.

Aku bari-baru ini ada menyampaikan pemergiannya kepada ahli-ahli http://www.gen-2.net di mana arwah pun turut menjadi ahli, beristigfar panjang mereka apabila mengetahuinya. Mereka pun perasan arwah seperti tahu dia akan meninggalkan kawan-kawan apabila arwah mula menjauhkan diri dan juga mengasingkan dirinya dari orang lain semenjak dua sebelum pemergiannya.

Minggu lepas aku berkampung di HKL jadi seminggu aku tak masuk pejabat, Hari ini hari pertama aku masuk bertugas dan dalam aku membersihkan folder-folder external drive aku terjumpa satu kiriman video arwah pernah hantarkan pada aku. Ni ha dianya…

Video ni arwah buat sendiri menggunakan windows movie maker aku rasa. Ada la cerita sedikit tentang perkenalan kami. Di akhir video itu ada grafik sebuah novel yang arwah minta aku buatkan tentang kisah hidupnya. Tak sempat aku tunaikan permintaannya itu dan itulah paling aku ralat sekali.

Apa-apa pun aku doakan sempena 30 hari pemergiannya ini semoga rohnya tenang di sana dan semoga dia ditempatkan disisi orang-orang yang soleh. Amin

Kat bawah ni pula merupakan SMS terakhir arwah pada aku bertarikh 7 April 2010. Salah satu gambar arwah dah bagi hint yang dia akan tinggalkan kita semua di mana dia menjawab, “Ok i will. I do hav so much to tell bt time is limited. Wait wen im back. C ya.”

Orang tua-tua cakap 45 hari sebelum kita dijemput pulang, kita dulu akan tahu cuma kita tak boleh cakap ke sesapa sahaja.


Sunyi rasanya kini setelah ku tahu dirinya tiada lagi di dunia ini. Untuk membuat hatiku ini lebih meruntun ialah aku tak sempat menghabiskan cerpen Aku, Kau, Dia dalam blog ini kerana ianya ditujukan kepadanya.

Makin hari aku makin merindui teman karibku itu. Mungkin rasa bersalah kerana tidak mengetahui arwah sakit tenat malah dimasukkan ke hospital juga turut menambahkan lagi gundah gulana aku.

Hadiah pemberiannya sempena ulang tahunku yang lalu masih baik ku simpan.

Arwah tahu aku sukakan batu Tiger’s Eyes maka dia bersusah payah mencarinya untuk dibuat gelang. Ada 4 warna cantik dipilihnya. Aku membayangkan arwah membuatkan sendiri gelangku itu tengah-tengah malam dengan perasaan penuh kasih sayang dan ikhlas dan apabila siap jenuh mencari bekasnya pula. Ketika itu arwah menetap di Taiping maka gelang aku itu diposkan dari Taiping ke Petaling Jaya.

Kerana usahanya itu maka aku berasa sayang memakainya dan juga kerana ianya terlalu cantik, sayang pula kalau ia putus.

Namun arwah ada menegur aku yang dia berasa bangga dan terharu apabila terlihat gambar aku dalam akhbar Kosmo dan gelang pemberiannya itu aku pakai.

Teman rapatku, masih aku terasa kasih sayangmu, sikap ambil beratmu dan juga kemesraan mu. Aku mendoakan kau tenang di sana. Kenangan kita bersama akan aku abadikan dalam diri….

Posted with WordPress for BlackBerry.


Tatkala aku mencoretkan nukilan ini, aku masihlagi terkejut dan juga tidak mempercayai yang aku telah kehilangan seorang teman, seorang kakak, seorang sahabat. Dan paling aku ralat sekali, aku pernah berjanji dengannya yang aku akan senantiasa berada di belakangnya dalam apa jua keaadaan sekali pun. Namun itu semua hanya tinggal janji.

Kesibukan tugasan membuatkan kami jarang berhubung semenjak dua bulan ini. Malah semenjak awal tahun lagi kami jarang berkomunikasi kerana dia berpindah rumah dan rumah baru tiada sambungan internet dan sebagainya. Namun jika ada masa kami akan menggunakan Yahoo Messenger apabila dia di pejabat.

Arwah ada memberitahu aku dia kerap sakit belakang dan kepala. Aku ada jugak menasihatinya untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Namun aku tak tahula jika dia ada berbuat demikian atau tidak.

Yang pasti, setiap kali kami video call, aku lihat dia makin cengkung sedangkan dia cakap dia sihat. Aku cakap aku risau tengok keadaannya akan tetapi dia berkeras dia ok dan tak apa-apa. Mungkin dia tak mahu merisaukan aku. Selama dua hari ini aku merasakan kehilangan. Aku seperti tiada arah. Kapal kehilangan nakhoda. Begini rentetetan perkenalan kami:-

Sekitar dua tahun lebih yang lalu, aku di rumah mamaku di USJ18 sedang bermain Facebook. Ada aplikasi “Are You Interested”. Dan sepanjang aku main aplikasi tu, tak pernah ada orang add atau tegur aku namun pada malam itu arwah poke aku dalam aplikasi tu. Aku poke balik dan dari situlah bermulanya perkenalan kami.

Sepanjang perkenalan kami, arwah banyak menceritakan kepada aku keperitan dan juga derita dialaminya dari mula dia mengenal dunia hingga ke masalah rumahtangganya. Semuanua aku simpan. Dia ibu tunggal dan membesarkan tiga anak-anaknya sendirian. Dari Taiping dia menetap di Shah Alam selepas penceraiannya. Hanya ibunya sahaja menetap di kampung.

Aku inat lagi kata-kata arwah,” Norman, you are a good man. You have the qualities of a man I dream of. All these while I harbor deep feelings for you and I know you know that. But you never take advantage of it.You milik orang dan I taknak rampas you dari dia. I pun pernah menjadi isteri jadi I tahu apa rasanya. Tapi I nak you janji dengan I yang apa-apa pun berlaku, you will be there for me, you will be one step behind me in case if I fall…”

Dan aku berjanji dengannya…

Kami begitu akrab seperti pasangan kekasih walaupun kami sebenarnya tidak. Perkenalan yang singkat ini banyak mengajarku akan tentang persahabatan sejati…

Arwah juga ada pernah berkata,” I akan sayang you sampai mati…”

Dan benarlah kata-katanya itu…

Kali terakhir aku bercakap dengannya adalah pada 7 Mei 2010, dua hari selepas ulangtahun aku ke-35. Dia beria-ia meminta maf kerana terlupa ucapkan selamat ulangtahun kepada aku,” Yang, I am so so so sorry, I lupa nak wish you Happy birthday. Nanti bila senang I belanja you makan ok? I janji…”

Dan terkuburlah janjinya itu dengan pemergiannya…sahabtku tersayang, aku halalkan janjimu itu.

Najat Niky Nadya Fadin, lahir pada 27 September 1974, kembali ke rahmatullah pada 28 Mei 2010.

Ya ALLAH ya tuhan kami, KAU ampunkanlah segala dosa-dosa arwah baik kecil mahupun besar. Kau peliharalah rohnya dan tempatkannya bersama-sama orang-orang yang soleh. KAU perluaskan dan terangkan kuburnya. Kau lepaskannya dari seksa kubur. KAU sampaikanlan sedekah AL FATIHAH kami kepadanya….

Petikan dari lagu I Will Be Missing You – P Diddy

Every step I take, every move I make
Every single day, every time I pray
I’ll be missing you
Thinkin of the day, when you went away
What a life to take, what a bond to break
I’ll be missing you

It’s kinda hard with you not around (yeah)
Know you in heaven smilin down (eheh)
Watchin us while we pray for you
Every day we pray for you
Til the day we meet again
In my heart is where I’ll keep you friend
Memories give me the strength I need (uh-huh) to proceed
Strength I need to believe
My thoughts Big I just can’t define (can’t define)
Wish I could turn back the hands of time
Us in the six, shop for new clothes and kicks
You and me taking flicks
Makin hits, stages they receive you on
Still can’t believe you’re gone (can’t believe you’re gone)
Give anything to hear half your breath (half your breath)
I know you still living you’re life, after death

Najat aka D’Sweet aka Puteri Lilin aka Niky Nadya….tunggu kami di pintu Syurga

Cinta di dunia hanya sementara
Cinta kepadanya untuk selamanya

Sekukuh, sekukuh mana ikrar kasih kita
Setebal mana masih ada sempadannya
Akan tiba nanti…harus ditempuhi
Apa daya kita melawan masa

Takdirnya, takdirnya dunia hanya sementara
Walau begitu cinta suci tuk selamanya
Ini realiti hilang tak berganti
Namun aku tahu kau dan aku akhirnya kembali bersatu

Andaikan ku pergi sebelum mu
Kenangkan daku selalu di dalam doa mu
Kaulah cinta pertama dan terakhir untukku
Ku berjanji kan menantimu
Setia menunggu di pintu syurga

Di sana, di sana menanti gemilang cinta
Jadi lenyapkanlah titisan airmata
Tabahkanlah hati, mengharungi hari
Abadikanlah saat indah kita kan tetap bersama

Sahabatku dalam kenangan….damailah kau di sana